Sunday 19 May 2013

Crochet Cover Kotak Tisu Oren dan Kuning

     
         Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam penuh keceriaan untuk teman-teman semua. Entri kali ini mengenai crochet cover kotak tisu yang berwarna oren dan kuning . Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama dengan yang sebelum ini. 





                    Warnanya sangat terang dan ceria dengan kombinasi antara warna oren, kuning, hijau dan putih.



Sunday 12 May 2013

Crochet Cover Kotak Tisu Merah


         Assalamualaikum wrh wbr....

    Salam bahagia di hari ini semoga berbahagia selalu. Entri untuk hari ini saya, saya kongsikan mengenai crochet kotak tisu lagi. Kali ini, motif bunganya agak lain sedikit. Lihat lah....







              Saya gabungkan antara warna merah, putih dan sedikit warna hijau. Di tengah-tengah bunga tersebut saya letakkan butang baju.


Saturday 11 May 2013

Sulaman Benang Happy Family

             

        Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam bahagia kepada semua teman-teman. Kali ini saya entrikan mengenai sulaman benang yang di gabungkan dengan crochet bunga.

                                      



             Idea ini timbul apabila kita sering menyambut hari-hari tertentu contohnya Happy Family, Happy Birthday, Happy Teachers Day, Happy Mothers day, Happy Fathers Day dan lain-lain lagi. Kita boleh jadikan ianya sebagai cenderahati untuk kenangan kepada orang-oarang yang tersayang.


Crochet Sarung Bantal Kusyen Oren Dan Kuning

                   
                    Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia kepada teman-teman blogger, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu di samping keluarga tercinta. Entri kali ini pula mengenai crochet sarung bantal kusyen. Kali ini gabungan warna kuning dan oren pula. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama dengan crochet yang sebelum ini.






      Ini bahagian hadapannya masih belum siap sepenuhnya. Belum dikait bahagian belakangnya.




      Ini pula sarung bantal yang sudah 
                 siap dikait.




            Ini bahagian belakangnya.




                 Warnanya yang terang kelihatan lebih ceria. Kombinasi antara warna kuning, oren, hijau dan putih. Selain cantik diletakkan diatas kerusi atau kusyen, ia juga sesuai diletakkan di dalam kereta.


Friday 10 May 2013

Crochet Alas Meja Kopi

            
                         Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam penuh keceriaan kepada anda semua di dunia maya ini. Semoga anda semua ceria-ceria selalu hendaknya. Entri kali ini bukanlah mengenai masakan, tetapi mengenai crochet atau kait jarum satu yang telah saya hasilkan. Kalau mengait menggunakan dua jarum dipanggil knitting. Entahlah... sekarang ni tengah rajin pula mengchochet. Kalau mood tengah tak baik jangan harap lah. Walau apa pun jua mai lah tengok hasil crochet saya, okey ke.... tidak.


                                                 




                                             
   
                 Sorry gambar ini agak blurr sikit. Daripada dua kuntum bunga crochet di atas dicantum-cantum, jadilah seperti yang di bawah ini.





                 Alas meja ini mengambil masa empat hari juga lah untuk disiapkan. Warnanya pula saya gunakan warna kuning, merah, pink, hijau dan putih. Saya gunakan benang bulu biri-biri yang bersaiz besar.




Thursday 9 May 2013

Crochet Sarung Bantal Kusyen Pink


                Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua. Semoga berbahagia selalu. Kepada peminat-peminat crochet, kali ini saya entrikan mengenai sarung bantal kusyen lagi, tetapi dengan motif bunga yang lain pula. Sarung bsntsl kusyen kali ini berwarna pink. Tetapi masih belum siap sepenuhnya. Hanya bahagian hadapannya dahulu. Lihatlah....








         Saya gabungkan antara warna pink, hijau dan putih. Kalau dilihat seimbas lalu bunga crochetnya seakan-akan bunga carnation. 



Crochet Cover Pasu Bunga

            
            Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam penuh keceriaan kepada anda semua. Semoga beroleh kebahagiaan dan kesihatan yang baik di kala ini. Entri kali ini mengenai crochet lagi, iaitu crochet cover bekas bunga. Kalau bekas bunga yang diletakkan  di dalam rumah tu kurang menarik, apa salahnya kita letakkan covernya. 


     Barulah nampak ceria sedikit, kerana warna benangnya yang sangat terang serta gabungan warnanya yang sepadan.



      Inilah bekas bunga sebelum diletakkan covernya. Nampaknya kurang menarik.



      Inilah rupanya bila dah letak cover bekas bunganya.



                  Ini bahagian hadapannya. Baru lah nampak menarik sikit. Bolehlah diletakkan di mana-mana bahagian atau sudut di ruang tamu. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama juga dengan yang sebelum ini. Crochet ni mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari juga untuk disiapkan, bergantung kepada masa dan kerajinannya.



Crochet Cover Kotak Tisu Purple

                 
               Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia teman-teman semua. Kepada peminat-peminat crochet, saya entrikan mengenai crochet cover kotak tisu berwarna purple kali ini.








                Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama, saya gabungkan warna ungu muda, ungu 
tua , putih, hijau serta sedikit warna kuning.



Wednesday 8 May 2013

Crochet Bantal Kusyen Bunga Daisy


          Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia kepada semua. Bersiaran lagi di malam Jumaat yang penuh berkat ini. Entri kali ini mengenai crochet sarung bantal kusyen yang berwarna ungu muda dan ungu tua. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama iaitu bunga daisy. Sebenarnya sarung bantal kusyen ini belum siap sepenuhnya. Ini adalah bahagian hadapan iaitu permukaannnya.








               Ini pula sarung bantal kusyen yang sudah siap di kait.







                  Kombinasi warna yang menarik iaitu warna purple muda, purple tua, hijau, kuning dan putih. Sebenarnya crochet bantal kusyen ini cantik juga jika diletakkan di dalam kereta. Di jadikan set untuk kereta iaitu 2 bantal kusyen dan 1 crochet cover kotak tisu dengan motif bunga serta warna yang sama. Pasti menarik.... kan.





Sarung Bantal Kusyen Pink Dan Merah


              Assalamualaikum wrh wbr.....

    Salam ceria untuk semua. Entri kali ini mengenai crochet bantal kusyen yang saya hasilkan. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama berwarna pink dan merah, Lihat lah hasilnya....





Kusyen cover bahagian hadapan.



Ini pula bahagian belakangnya.



               Kusyen cover ini mengambil masa lebih kurang tiga atau empat hari jugalah untuk disiapkan.




Crochet Cover Kotak Tisu Pink Dan Merah


               Assalamualaikum wrh wbr.....

         Salam ukhwah untuk semua teman-teman di petang ini. Moga berbahagia selalu hendaknya. Entri kali ini masih lagi megenai crochet. Kali ini saya berjaya menyiapkan cover kotak tisu. Masih lagi dengan motif bunga crochet yang sama seperti crochet alas meja. Inilah hasilnya....









            Alas kotak tisu ini saya gabungkan warna pink dan merah. 




Tuesday 7 May 2013

Crochet Alas Meja Bulat

                     
                Assalamualaikum wrh wbr....

         Dah lama juga saya tak entri tentang hasil kerja tangan saya. Saya ni sebenarnya memang suka mengait, tapi di sebabkan terlalu banyak sangat mengait, maka terasalah kebas kebas tangan. Itu lah sebabnya projek mengait alas meja terbengkalai. Mengait alas meja ni memang mengambil masa yang agak lama kerana alasnya terlalu besar serta kena teliti kalau tersalah kenalah buka balik. Di tambah pula dengan mood yang tak menentu. Terkadang rajin di sambung lagi... kalau penyakit malas melanda alamat terbengkalai lah projek mengait. Walau apa pun jua, lihat lah.....





         

                   Alas  meja ini saya gunakan benang berwarna hijau, dan ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Jenuh juga hendak menyiapkannya.

 

Crochet Doily

                 
                Assalamualaikum wrh wbr.....
  
      Salam sejahtera semua.... Didoakan semoga semuanya berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya.  Entri kali saya ingin memperlihatkan tentang crochet doily yg saya hasilkan. Crochet doily sebesar ini tak de lah lama sangat nak disiapkan , tapi memakan masa dua tiga hari juga lah.

 Crochet doily pink colour..... 


    Crochet doily green colour.



Saya menggunakan benang jenis kecil bagi menghasilkan crochet ini. 




Pengenalan


           Assalamualaikum wrh wbr.....

    Salam bahagia kepada teman-teman pengunjung blog ini. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Sebagai pengenalan kepada pengunjung yang singgah kat blog ini. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada anda semua.
      
    Saya wujudkan blog ini bagi memaparkan serta mengongsi serba sedikit mengenai hasil-hasil crochet serta kraf-kraf yang lain. Semoga dengan adanya blog ini akan dapat memberi manfaat kepada teman-teman semua.
   
    Crochet adalah seni kait jarum menggunakan satu jarum. Biasanya mengait boleh menggunakan benang kecil atau benang bulu kambing. Manakala knitting pula menggunakan dua jarum. Berbagai jenis produk akan dapat dihasilkan dengan crochet ini, seperti alas meja, alas kaki, cover kotak tisu, cover bantal kusyen, tutup peti ais, tutup televisyen, bunga dan sebagainya.