Friday 27 May 2016

Crochet Tutup Oven / Peti Ais


           Assalamualaikum wrh... wbr...

     Sebelum ini saya pernah entrikan crochet sekebun bunga daisy warna kuning. Jadi bunga-bunga crochetnya sudah saya cantumkan untuk dijadikan tutup oven saya. Jom jamu mata lihat hasil crochetnya.



      Selain itu  boleh juga kita jadikan tutup peti ais ataupun tutup televisyen. Jika untuk tutup televisyen kenalah kaitkan berbentuk  tiga persegi.
 






Dilihat dari dekat.
 



       Alas ini seeloknya untuk menutup atasan seperti oven, microwave atau peti ais kerana bunganya agak timbul.

 

Tuesday 3 May 2016

Crochet Sekebun Bunga Daisy


          Assalamualaikum wrh... wbr...

     Melayan hobi mengait bunga daisy walaupun sibuk dengan anak kecil, tapi tetap juga sempat mengait. Belum tahu lagi nak dibuat apa dengan kuntuman bunga crochet tersebut.



               Kuntuman bunga daisy ini saya gunakan dua warna kuning cair serta kuning pekat, serta menggunakan warna hijau sebagai daunnya.





Nantikan  projek seterus dari saya....