Sunday 8 January 2017

Crochet Cover Kotak Tisu Biru


           Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia teman-teman semua, semoga bahagia hendaknya. Kali ini saya postkan mengenai cover kotak tisu lagi, tapi kali ini berwarna biru pula.


     Paternnya masih lagi seperti yang sebelumnya, tapi bunganya sahaja yang berlainan. kali ini bunganya saya gabungkan dua colour iaitu warna biru mudan dan biru tua. Untuk tompok bunganya saya gunakan sedikit benang berwarna oren.
 

     Cover kotak tisu ini atas permintaan dari seorang customer dan mudah-mudahan ia nya berpuas hati dengan hasil kerjatangan saya ini.
 

    Ini sudut pandangan dari sisi. Jika ada yang berminat boleh whatsup saya.

 

Tuesday 3 January 2017

Crochet Doily


           Assalamualaikum... 

     Berjumpa lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua sukses selalu. Kali ini saya entrikan mengenai crochet doily pula. Ini adalah permintaan dari seorang customer yang mahukan crochet doily. 




     Crochet doily ini saya gunakan benang bulu kambing berwarna putih. Jumlahnya 6 helai. Jika teman-teman ada yang berminat bolehlah hubungi saya. Jumpa lagi.