Tuesday 14 February 2017

Diagram Grany Square


           Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bersua lagi dientri kali ini, semoga anda berbahagia selalu. Kali ini saya ingin poskan mengenai diagram grany square yang mudah untuk dikait. Untuk mengait menggunakan diagram ini kita boleh gunakan benang bulu kambing atau benang yg jenis kecil menggunakan saiz jarum yang bersesuaian dengan saiz benang yang digunakan.





















    
   Dengan diagram yang ada ini kita boleh mengait untuk dijadikan alas meja, penutup tv atau chairback kusyen dan sebagainya. Kita hanya perlu kreatif sahaja untuk mencantumkan hasil crochet mengikut diagramnya tersendiri. Semoga dapat membantu teman-teman yg mencari idea untuk mengait.


Monday 6 February 2017

Crochet Penutup Balang Kuih


      Assalamualaikum... salam bahagia.

    Bersua lagi di entri kali ini. Semoga anda semua berbahagia selalu. Kali ini untuk peminat2 crochet, kali ini saya entrikan mengenai crochet penutup balang kuih. Kalau time raya mesti kawan-kawan semua mencari idea bagaimana cara untuk menghias untuk mencantikkan balang kuih anda. Ada yang menggunakan sulaman reben, kain perca, manik dan macam2 asesories untuk mencantikkan balang kuih.



                Ini salah satu bunga crochet yang saya gunakan utk balang kuih. Banyak lagi cara mengait bunga dengan pelbagai warna mengikut pilihan dan patern bunga untuk menghiasi balang kuih ini. Bukan sahaja untuk balang kuih plastik, untuk balang kaca terpakai juga kita boleh hiaskan dengan bunga crochet ini...



              Bunga crochet ni, bila dah diletakkan kat balang. Cantikkk.... pulak kelihatan.


      Jadi...kalau ada yang beminat bolehlah hubungi saya. Boleh buat tempahan mengikut warna pilihan anda. Jadi nantikan projek crochet saya seterusnya....