Saturday 8 August 2015

Crochet Bunga Matahari


    Assalamualaikum Wrh... wbr...

   Dah lama saya tak update mengenai crochet mengcrochet ni. Hari ini saya entrikan mengenai crochet bunga matahari.


Gambar dari encik google.


Sekuntum crochet bunga matahari.


        Tiga kuntum crochet bunga matahari yang besar-besar. Saya gunakan benang bulu kambing berwarna hitam sebagai tompok bunganya, kuning untuk bunganya serta hijau sebagai daunnya.




Tuesday 7 April 2015

Crochet Bunga lagi


   Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia semua. Kali ini saya entrikan mengenai crochet bunga lagi.Masih lagi menggunakan warna oren.



Enam kuntum bunga crochet.


       Masih belum tahu lagi apa akan dibuat dengan bunga-bunga crochet ini. Tunggu mood rajin seterusnya.




Friday 3 April 2015

Menjahit Sarung Bantal Kusyen


     Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia kepada teman-teman peminat krusye sekalian, semoga anda berbahagia selalu. Kali ini nak cerita pula mengenai jahitan sarung bantal kusyen.


    Kebetulan terjumpa pula kain cotton bercorak vantage ni. Warnanya pun kelihatan lembut sahaja. Apa lagi belilah semeter. 


    
    Memandangkan sarung bantal kusyen lama dah tak bertukar, lagi pula warnanya pun dah nampak buruk. Jadi saya jahitkan sarung bantal kusyen yang baru.


    
   Untuk semetar kain dapatlah lima biji bantal kusyen. Kira Ok lah tu, nampaklah comel sikit.



Wednesday 25 March 2015

Crochet Sarung Bantal Kusyen Siap Sepenuhnya.


   Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi kali ini.... Kelmarin saya entrikan mengenai crochet sarung bantal kusyen, tetapi bahagian hadapannya sahaja. Kali ini saya pamerkan sarung bantal kusyen yang sudah siapa sepenuhnya.


    Sebahagian sahaja krusye bahagian belakangnya.


 Krusye bahagian belakangnya yang hampir siap.

    Sarung bantal kusyen yang sudah siap sepenuhnya.



  
 Diletakkan butang agar ia kelihatan kemas.




Tuesday 17 March 2015

Crochet Bantal Kusyen lagi


       Assalamualaikum wrh... wbr....

   Bertemu lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu. Kali ini saya nak share mengenai hasil crochet saya untuk membuat sarung bantal kusyen. Tetapi belum siap sepenuhnya, cuma bahagian hadapannya dahulu.



Inilah hasilnya, paten bunganya serta warnanya sama dengan bekas kotak tisu sebelum ini.



Gambar diambil dari dekat.







     Tunggulah sehingga crochet sarung bantal kusyen siap sepenuhnya.... nanti.


Monday 16 March 2015

Crochet Kotak Tisu lagi


      Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bersua lagi kita di entri kali ini. Kali ini saya entrikan mengenai crochet kotak tisu lagi. Kali ini saya gabungkan 3 warna sahaja iaitu warna kuning, hijau serta warna kuning cair.



      Saya menggunakan benang nona kerana warna agak lembut, dan banyak pilihan warnanya.



   Ini crochet bunganya sahaja, menggunakan 6 kuntum bunga crochet untuk satu kotak tisu.



      Ini pula bunga crochet yang dikait dengan warna hijau, kelihatan seperti daunnya.





     Ini pula cover kotak tisu yang sudah jadi, ditengah-tengah kelopak bunganya dijahit manik besar sebagai tompok bunganya.



Dilihat dari pandangan atas.



Ini pula dilihat dari pandangan sisinya.



Tempahan dibuka


     Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam bahagia teman-teman peminat crochet, semoga anda semua berbahagia selalu. Ada juga diantara teman-teman peminat crochet yang bertanyakan bagaimana caranya untuk membuat tempahan. 



     
      Di sini saya berikan email serta no phone. Jika ada diantara teman-teman yang ingin membuat tempahan bolehlah emailkan atau whats upkan ke nombor tersebut.





Monday 9 March 2015

Crochet bunga lagi


      Assalamualaikum wrh.... wbr....

         Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya. Dah lama tak mengait, sekali-sekala tangan ni mesti nak mengait. Oleh kerana benang yang masih berbaki masih ada lagi, maka daripada duduk diam baiklah mengait. Kali ini saya mengait bunga. tapi tak tahu pula apakah nama bunganya, sekali tengok macam bunga teratai pun ada... so layanlah ya....




               Sebenarnya bunga crochet yang berwarna merah tu.... benangnya dah habis. Kat kedai yang saya selalu beli benang kait tu, stok benangnya dah habis, baru nak oder semula. Jadi saya kaitlah menggunakan benang yang berwarna kuning pula. Kemudian warna hijaunya pula habis, maka terbengkalailah projeknya.




              Jadi... layan jelah bunga crochetnya dulu. Nanti kalau dah ada benangnya, barulah disambung lagi projeknya. Projek crochet apa.... tunggu lah nanti.


Monday 16 February 2015

Crochet Bunga


     Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam bahagia teman-teman peminat crochet, kali ini saya entrikan mengenai crochet bunga dari benang bulu kambing. Crochet bunga ini memang sesuai untuk dijadikan kerongsang, diletakkan pada topi dan sebagainya. crochet bunga ini kelihatan agak besar sedikit. Lihatlah



       Gabungan warna bunganya merah dan pink, serta warna hijau untuk daunnya.


        Gabungan warna purple tua dan purple muda untuk bunganya serta daunnya benang berwarna hijau muda.


           Gabungan warna kuning tua dan kuning muda untuk bunganya, daunnya benang hijau.


          Akhir sekali gabungan warna coklat tua dan coklat muda untuk bunganya, serta daunnya berwarna hijau.




Monday 2 February 2015

Crochet Kotak Tisu Bunga Ros Lagi


    Assalamualaikum wrh... wbr....

    Kali ini saya baru je selesai mengait bekas kotak tisu bunga ros lagi. Tapi kali ini saya gabungkan antara warna merah, hijau dan pink muda.



           Pic di atas adalah kuntuman-kuntuman crochet bunga ros yang belum dicantum.


     Ini adalah bekas kotak tisu ros yang sudah jadi, dilihat dari bahagian hadapannya.


   Ini pula dilihat dari bahagian atasnya.


     Untuk menyiapkan bekas kotak tisu ini memerlukan lebih kurang 3 1/2 kampul benang bulu kambing, dan mengambil masa kira-kira 3 hari untuk menyiapkannya.



Tuesday 20 January 2015

Menjahit Sarung Bantal


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

    Salam bahagia teman-teman pengunjung blog Diela's Crochet, semoga anda semua berbahagia selalu. Kali ini saya entrikan mengenai hasil jahitan sarung bantal buatan saya. Tempohari sempat juga saya jengok di kedai kain Tewah, tinjau punya tinjau punya tinjau, terbekenan
lah kain cotton corak bunga ros ini. Sebenarnya kain ini gunanya untuk buat cadar, saya pikir elok juga kalau dibuat sarung bantal. Kainnya pun lembut dan senang dijahit. So saya pun belilah satu meter je untuk cubaan membuat sarung bantal.
    

Inilah kainnya setelah digunting dan dijahit 
dapatlah hasilkan 3 biji sarung bantal.


Saya jahit sarung bantal yang paling mudah bagi saya. Tiada ropol-ropol ditepinya.


Dah siap 3 helai sarung bantal.


Sarung bantal yang sudah siap dipasang 
pada bantal.


Okeylah juga, dapat jahit sarung bantal sendiri sekurang-kurangnya dapat juga mengisi masa lapang dan dapat juga jimatkan belanja daripada beli yang dah siap. Cuma kena keluarkan duit untuk beli kain sahaja. Nak corak yang macam mana kita boleh pilih sendiri.