Thursday 28 April 2016

Crochet Alas Gelas / Cawan


            Assalamualaikum wrh... wbr...

    Berjumpa lagi... teman-teman peminat crochet. Kali ini saya postkan mengenai hasil crochet saya yang cepat dan mudah siap, iaitu crochet alas cawan.














 

Wednesday 13 April 2016

Crochet Bunga Lawang


         Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia kepada peminat crochet semua, semoga anda berbahagia selalu. Dah lama juga saya menyepi dari mengupdate blog, bukan apa sibuk dengan bermacam-macam hal. Alhamdulillah dah selamat semua.

    Kini saya dah punyai baby baru, dah lima bulan sudah umurnya. Walaupun sibuk dengan baby tapi masih jua sempat mengait juga, tapi taklah aktif sangat. Sekadar melepaskan geram sebab dah lama tak mengait.

     Kali ini saya kongsikan mengenai crochet bunga lawang pula.



  
     Kenapa ia dipanggil crochet bunga lawang? Mungkin sebab bentuknya yang seakan-akan bunga lawang agaknya.



       Sebenarnya benang warna pink cair yang di tengahnya adalah lebihan benang dari  kotak tisu yang saya hasilkan sebelum ini. Oleh kerana benangnya tidak mencukupi maka saya tambah dengan benang yang berwarna pink pekat.

       Crochet bunga lawang ini sangat mudah untuk dikait dan macam-macam benda boleh dibuat seperti selendang, alas meja, baju luaran dan sebagainya. Yang penting kerajinan mesti ada.

Monday 4 April 2016

Crochet Sarung Kotak Tisu Lagi


         Assalamualaikum wrh... wbr...



    Sarung kotak tisu kali ini masih lagi paten yang sama seperti sebelum-sebelum ini, cuma paten bunganya sahaja yang agak berlainan.
 






      Kotak tisu kali ini menggunakan warna pink terang serta  pink muda dan diselit sedikit warna hijau untuk daunnya.