Saturday 22 July 2017

Contoh-contoh diagram.


             Disini ada contoh2 diagaram untuk dijadilan panduan untuk peminat-peminat crochet.















     Diagram-diagram seperti ini jika dikait dan dicantumkan akan menghasilkan crochet yang cantik. Daripada diagram seperti ini akan dapat dihasilkan menjadi alas meja, alas almari, alas katil serta lainnya yang cantik mengikut warna benang yang disukai.


Crochet Alas Meja Purple


      Assalamualaikum... salam hari Sabtu yang berbahagia ini, semoga teman-teman sihat hendaknya. Kali ini saya nak share pula mengenai crochet yang dah lama terbengkalai. Baru sekarang dapat disiapkan kembali. Bukan apa sibuk siapkan tempahan kepunyaan customer dulu. Jom nengok hasilnya...


     Sebenarnya saya buatkan alas meja ni tak ada pun diagram, cuma lihat contoh yg dah siap dan main agak0agak saja. Alhamdulillah menjadi juga akhirnya.


       Hanya lima kuntum bunga sahaja di tengahnya yang timbul. Alas meja ni taklah begitu besar, cukup untuk meja kopi je...


     Saya gabungkan menggunakan warna benang purple, sedikit warna hijau, serta warna putih.
      Jika ada yang berminat bolehlah buat tempahan mengikut warna pilihan yang disukai anda.


Wednesday 19 July 2017

Crochet chair back



     Assalamualaikum...

      Salam bahagia semua teman2 blogger... semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya.
Kali ini saya ingin kongsikan hasil crochet saya baru2 ini, tempahan dari seorang kawan mengenai alas chair back.



      Warna yang menjadi pilihannya ialah merah dan pink colour. Digabungkan dengan sedikit warna kuning, warna hijau dan warna putih.



      Selain dari bunga ini boleh juga digantikan dengan bunga-bunga crochet yang lain.



      Jumlah semuanya 5 helai. So... semoga customer saya ini berpuas hati dengan hasil kerjatangn saya yang tak seberapa ini.


Tuesday 4 July 2017

Crochet penutup balang kuih lagi


        Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bersua lagi di entri kali ini, dah lama rasanya saya tak mengupdate blog ni. Masih lagi kita berada di bulan syawal ini. Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan bathin.
     Kali ini saya share mengenai crochet penutup balang kuih. Biasa lah kalau raya kan nak juga kita buatkan kelainan untuk balang kuih raya. Macam-macam boleh dihias untuk mencantikkan balang kuih raya.


     Kali ini saya kaitkan bunga yg berwarna purple untuk penutup balang.



               Saya gunakan campuran warna purple, hijau untuk daunnya, warna purple muda dan sedikit warna kuning untuk tompok bunganya.