Friday 22 December 2017

Program Mengait Bersama Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal


          Assalamualaikum...

      Selamat malam semua teman-teman, semoga berbahagia selalu. Alhamdulillah syukur sangat, hari ini saya berpeluang dapat menyertai program mengait bersama anak-anak yatim serta ibu tunggal.





     Masing-masing adik2 memegang kit asas mengait yang telah diberikan oleh cikgu Norlena Nayan ataupun lebih dikenali dengan pabggilan Tok Umi.





      Sukanya saya lihat adik2 semua lebih bersemangat mempelajari asas crochet.







     Bergambar bersama crochecter yg datang. Semoga selepas ini dapat lagi saya join program2 yang akan datang dan semoga seni mengait ini semakin mendapat sambutan meluas di kalangan peminatnya.


Saturday 2 December 2017

Oleh-oleh dari Korea


            Assalamualaikum...

      Selamat petang pengunjung blog Diela's Crochet. Semoga anda semua sihat2 sahaja diketika ini.

      Alhamdulillah... hari ini hari yg paling bahagia sekali kerana anak bujang saya telah kembali ke sini setelah 3 bulan merantau ke Korea. Terasa seperti setahun dianya pergi.

      Katanya banyak pelajaran dan pengalaman yg berharga dapat dipelajari ketika berada di sana. 
     


     Alhamdulillah dan terima kasih oleh2 darinya merupakan benang kait dan alatan mengait.



       Inilah benang kait buatan China, walaupun sedikit tapi memang berharga. Sayang pula rasanya nak digunakan. Warnanya memang cantik dan benangnya pun berkualiti.

      Terima kasih kerana memahami minat ibunya dan sanggup pergi ke bandar semata2 nak cari benang dan alatan kait ni.