Tuesday 30 October 2018

Crochet Doily lagi


        Assalamualaikum...

  Selamat pagi, bertemu lagi di entry kali ini, semoga sihat semuanya.


     Sebenarnya ini adalah doily yg seperti sebelum ini, cuma di perbaiki sedikit. Letak benang merah kat sekelilingnya dan tambah kuntuman bunga di tengahnya.


      Bila dah siap, cantik pulak. Ni... idea dari my customer, sbb nak maching colour dengan set sarung bantal kusyen serta chairback. 


Semoga customer saya berpuas hati.


Friday 26 October 2018

Crochet Doily


     Assalamualaikum...

      Salam di hari Sabtu yang indah lagi cerah, semoga semuanya sihat selalu.

      Alhamdulillah... siap crochet doily tempahan dari seorang customer. Kali ini warna putih menjadi pilihan.


    Biasanya crochet doily ini menggunakan benang poly, tapi saya guna benang  nona je... tapi tetap juga cantik.


      Crochet doily ni sesuai sangat utk meja yg kecil atau almari make up, Kemudian letak hiasan atau bunga kat atasnya.


    Selain itu crochet doily ini juga sangat sesuai juga dijadikan chairback atau cover hand sofa. Terserah kreativiti masing-masing.


Friday 19 October 2018

Crochet Chairback lagi


    Assalamualaikum...

     Selamat petang semua... Bersiaran lagi dihari ini, hari Jumaat yg penuh berkah. Semoga semua sahabat sihat2 selalu.

     Alhamdulillah setelah beberapa hari mengait kuntuman bunga camelia merah, akhirnya selesai jua mencantum-cantumkan menjadi seperti ini. 


Kali ini gabungan  warnanya hanya 4 warna benang sahaja. Iaitu putih, merah, coklat muda serta sedikit warna hijau.



Close up dari dekat.

Semoga tuannya akan berpuas hati dengan hasil kerjatangan saya.





Tuesday 16 October 2018

Crochet Bunga Camelia Merah


       Assalamualaikum...

    Bersua lagi di entri kali ini, semoga semuanya sihat2 sahaja hendaknya.

    Bermula lagi projek mengait. Ternyata customer saya ramai yg berminat menempah crochet bunga camelia. Kali ini warna merah pula. Sebenarnya projek kali ini, mengenai crochet chairback seperti yg sebelum2 ini.



    Oleh kerana tidak mahu menolak permintaan customer, maka saya turuti kemahuannya. Saya mengait warna yang dicadangkan olehnya.





     Jika dah siap, saya akan tunjukkan hasilnya nanti. Semoga gabungan warnanya akan menjadi cantik dan menarik.


Saturday 13 October 2018

Crochet Chairback


      Assalamualaikum...

  Salam dihari minggu yang indah, semoga semua teman2 sihat selalu disamping keluarga tercinta.

Kali ini nak sharekan mengenai hasil crochet saya cover chairback. Ini adalah request dari my customer. So... saya cubalah, inilah hasilnya.


     Sebenarnya hasil crochet ni sama juga dengan crochet sebelum ni... jadi utk digunakan sebagai chairback, kenalah buat kecil sahaja. Kalau buat besar dan panjang nanti tak ngam pula dengan sofa.



    Semoga customer saya berpuas hati dengan hasil kerjatangan saya.


Monday 1 October 2018

Koleksi Cover Kotak Tisu


      Assalamualaikum...

Bertemu lagi di entri kali ini, semoga teman2 sihat serta bahagia selalu di kala ini. 

    Inilah koleksi crochet cover kotak tisu hasil kerjatangan dari saya. Alhamdulillah ternyata ramai juga yang meminati dan ada yg minta order.









    Ada sebahagian sudah sampai ke tangan tuannya dan ada juga masih saya simpan utk dijadikan contoh utk sesiapa yg mahu order.

    Terima kasih kepada peminat2 yg menyukai handmade saya serta teman2 yg sudi mengoder daripada saya. Mudah2an selepas ini akan ada idea2 atau patern2 yg baru lagi.