Friday 30 November 2018

Crochet Tissue Box Cover Purple Colour.


       Assalamualaikum...

Salam di petang Jumaat yg indah lagi berkat ini, semoga kawan2 semua berbahagi selalu di musim cuti sekolah ini.

Kali ini saya share kan mengenai cover kotak tisu yang berjaya saya siapkan. Kali ini saya gunakan benang berwarna purple muda, sedikit  benang purple tua, hijau dan putih.


Saya gunakan motif bunga camelia.


Sewaktu jualan di Handmade Market tempohari, ramai yang berkenan dengan cover kotak tisu seperti ini, so jadi bersemangat saya nak siapkan TBC ini.


Ini lah crochet kuntuman bunga camelia.


Setelah bunga crochet dikait berbentuk grany square, barulah dicantumkan. Akhirnya jadi lah seperti pic di atas.




Thursday 29 November 2018

Crochet Sarung Bantal Kusyen Kuning Hitam


    Assalamualaikum...

Selamat malam... semoga semuanya sihat2 selalu di ketika ini.

Entri kali ini saya nak sharekan memngenai hasil crochet saya, cover bantal kusyen berwarna kuning hitam.


Inilah hasil crochet cover bantal kusyen, warna pilihan dari customer.


Sarung bantal kusyen ini menggunakan motif bunga daisy.



Hasil cantuman bahagian depannya. 

Jika ada yang berkenan dengan warna seperti ini dan ingin menempah, boleh whatsup saya di 019 3742795.


Tuesday 27 November 2018

Pameran Handmade Bag


      Assalamualaikum...

 Selamat malam semua... moga sihat2 selalu.

Pameran 8509 HANDMADE BAG TERBANYAK DI MALAYSIA - MALAYSIA BOOK OF RECORDS!
Tinggal 5 hari sahaja lagi kawan…
Kalau terlepas peluang ni memang tak ada lagi yang kedua…
Pameran ini cuma sekali sahaja…

*8509 buah HANDMADE BAG
*Karya 896 crafter seluruh negara
*Pelbagai teknik jahitan
*Pelbagai jenis fabrik
*Pelbagai corak dan pattern

Sewing World Gallery Sky Park @ One City USJ
22 November – 2 Disember 2018
10:00 pagi – 7:00 petang





Memang cantik2 semuanya, bermacam saiz dan bentuknya. 





     Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang telah berkenan untuk mencemar duli melawat 200 orang usahawan HANDMADE MARKET di HANDMADE MARKET TERBESAR MALAYSIA. 


      Atas sokongan dan saranan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku juga, HANDMADE MARKET untuk edisi seterusnya akan berwajah baru.

Terima kasih di ucapkan atas sokongan yang diberikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku dan agenda MEMPERKASA WANITA ini akan di teruskan pada masa akan datang. Semoga saya berpeluang untuk menyertai di masa akan datang. 



Monday 26 November 2018

Jualan Handmade Market (part 2)


Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah jualan handmade market yang berlangsung selama 4 hari, 22 hb - 25hb /11 /2018. Perasaan best sangat, firstime join. Dapat bertukar2 fikiran dan pendapat, mendapat pengalaman baru serta dapat mengenali ramai kawan yg bukannya datang dari Selangor sahaja malah dari negeri luar seluruh Malaysia.













Sijil penyertaan.



Bersama Madam Fully Chea.

Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada Madam Fully Chea serta Cikgu Zulkhairi kerana memberi peluang kepada saya utk menyertai jualan handmade market kali ini.

Saturday 24 November 2018

Jualan Handmade Market (Part 1)


          Assalamualaikum...

    Salam di malam minggu... semoga anda semua bahagia selalu disamping keluarga tercinta.

Alhamdulillah... kali ini start join jualan handmade market di Sky Park @ One City USJ.



   Last minit join... tak sempat nak buat persiapan.







Bersama geng crochet Norhafni A Shani...


      Terima kasih kawan2 Norhazlin dan Norlelah Abu Bakar yg sudi datang ke booth saya.



Sunday 18 November 2018

Crochet Sarung Bantal Kusyen lagi


Assalamualaikum...

Selamat petang dan selamat berhujung minggu, semoga ceria dan bahagia selalu.

Kali ini nak update lagi tentang sarung bantal kusyen yg saya dah siapkan. Pilihan dari seorang customer.

Jom tengok...


Sarung bantal kusyen ini bersaiz 18X18 inci.


Gabungan warna oren, kuning, putih dan hijau.



Ini pula bahagian belakangnya. Gabungan warna yg sama seperti di atas.


Friday 2 November 2018

Tempahan Customer


         Assalamualaikum...

      Selamat malam, moga teman2 sihat sahaja hendaknya di kala ini.

      Kali ini nak share tentang tempahan dari my customer. Alhamdulillah... akhirnya siap juga tempahan dari beliau.

      Warna bunganya atas permintaan, cuma warna dasarnya saya yg pilih untuk nak mach dengan sebahagian hiasan yg sudah ada diruang tamunya iaitu warna merah.


     Dua biji sarung bantal kusyen, berbunga crochet rose.


Dua helai alas chairback untuk sofanya.


     Dua alas tempat letak tangan pada sofanya, yg turut dimasukkan sedikit warna mwerah serta ditambah bunga ditengahnya, menunjukkan satu set.

Semoga empunya tuan berpuas hati.