Monday 29 April 2019

Crochet Kusyen Cover lagi


Assalamualaikum... selamat pagi...

Bertemu lagi di pagi Senin yang indah. Alhamdulillah pagi2 dah hujan... hujan rahmat, hujan pembawa rezeki. Syukur diatas segala kurniaNya.

Tak sabar sabar rasanya nak tunjuk hasil crochet saya ni, dah tak nyempat2 nak siapkan. Biasalah... masih lagi crochet kusyen cover lagi. tapi ni baru bahagian depannya dulu. Bahagian belakangnya masih dalam proses utk disiapkan.


Ini contoh kait bunganya. Saya guna warna putih dan hijau pula. Biasanya warna putih ni saya guna untuk dasarnya saja, tapi kali ini saya jadikan bunganya pula.


Bila dah siap kait 4 keping granny square kita cantumkan jadilah seperti begini.


Sebenarnya design crochet begini saya dapatkan dari crochecter terkenal Marcelo Nunes, terima kasih atas ideanya. Sebenarnya masih banyak lagi design dari hasil crochetnya. Jadi kita perlu kreatif mengolah idea yang ada supaya dijadikan apa yang kita inginkan. Contohnya nak buat alas meja ke, sarung bantal kusyen ke, cover kotak tisu ke atau macam2 lagi.

Tunggu dan dan lihat lah nanti bagaimana kejadian cover bantal kusyen nanti.



Thursday 4 April 2019

Crochet Cushion Cover


      Assalamualaikum...

     Salam dihari Jumaat yang penuh keberkatan, moga semuanya dlm keadaan sihat semuanya.

    Inilah crochet contoh bahagian depan kusyen cover yang saya hasilkan dengan 3 gabungan warna.


Gabungan warna putih, pink dan hitam.


Gabungan warna putih, biru muda dan biru tua.


Gabungan warna putih, kuning dan oren.