Friday 31 May 2019

Tempahan Crochet Kusyen Cover


Assalamualaikum sahabat semua...

Moga hari ini semuanya sihat2 sahaja. Dah nak  penghujung Ramadhan, sekejapnya masa berlalu. Moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kita.

Bulan puasa ni tak lah aktif sangat mengait. Moodnya asyik ke laut je, cuma nak habiskan tempahan yg belum sempat disiapkan je...



Ada yang berkenan dengan patern kusyen cover bunga daisy pink merah ni, maka saya buatkan. 



Alhamdulillah... akhirnya siap juga 2 pasang sarung bantal kusyen pink merah ni. Terima kasih Lynn dari Penang sudi tempah dari akak.
Mudah-mudahan tuannya berpuas hati.