Friday 14 June 2019

Crochet Sarug Bantal Kusyen lagi


Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua... moga sihat selalu dihujung minggu ini.

Kali ni nak update mengenai sarung bantal kusyen lagi. Ini tempahan dari customer 2 biji sarung bantal kusyen gabungan warna benang pink, putih dan hitam.



Ada juga warna lain seperti biru dan oren. Tapi masih belum siap. Jika ada yang berminat nak tempah, what's up saya ya...


Sunday 2 June 2019

Crochet Kusyen Cover lagi


              Salam dipagi Isnin yang indah... moga sihat dan ceria selalu. 

    Mungkin ada diantara teman-teman yang dah start balik kampung untuk beraya bersama keluarga. Mudah-mudahan perjalanan anda lancar dan selamat.

    Kali ni nak update tentang crochet kusyen cover yg saya hasilkan. Ni sebenarnya sebelum puasa dah siap. Cuma tak sempat nak update dalam blog crochet saya ni... baru sekarang nak paparkan kat sini. Mungkin ada yang berkenan contoh kusyen cover patern macam ni...


Ni sebenarnya contoh bunga crochet yang sebelum ni saya kait. Begini lah rupanya bila dah jadi. Cuma bantal kusyennya agak kecil sedikit dari yg biasa saya buat yaitu saiz 14x14 in.


Biasanya menggunakan benang warna yg ceria, tapi kali ni saya cuba warna hijau putih pula.