Saturday 28 December 2019

Menghadiri Program Anjuran Sewing World di One City, USJ.


Assalamualaikum...

Hari ni saya rasa sangat beruntung kerana dapat menghadirkan diri dalam satu program yang dianjurkan oleh Sewing World. Program ni memang sangat penting bagi mereka2 yang berjinak2 ingin menjadi seorang bissnesman atau bisnesswomen yang berjaya di masa akan datang.

Saya merupakan salah seorang dari pelajar Epal (jahitan kreatif). Sebenarnya seni jahitan ini bukanlah tertumpu kepada jahitan baju sahaja, tetapi merangkumi semua aspek jahitan seperti:

1. Needle work
2. Smocking
3. Quilting
4. Sewing bag
5. Embroidery handling
6. Design degitisation
7. Product sales and marketing

Ternyata jahitan creative memang begitu luas.



Beruntung sangat dapat sedut pelbagai ilmu dari kakitangan Sewing World dan juga wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia mengenai bagaimana cara nak memohon Sijil Kemahiran Melaysia.


Kebetulan pula hari ni, teman sehobi buka booth jualan pula. 



Inilah hasil produk crochet yang beliau hasilkan. Cantik... kan. Memang kreatif.

Nanti saya juga akan menyertai jualan Handmade Market Tuanku Azizah selama 4 hari bermula pada 28hb Februari-2 hb March 2020.


Saturday 14 December 2019

Crochet Bantal Kusyen Bintang


Assalamualaikum...

Selamat petang, moga teman2 berbahagia selalu dihujung minggu ini.

Saja-saja ja saya cuba mengait bantal kusyen berbentuk bintang ni. Tengok gambar contoh (kat bawah sekali) macam cantik je... Jadi saya pun kait lah. Tak ada diagram pun,  main agak-agak je mengait. Untung menjadi jugak.



Kebetulan ada perca kain serta fiber lebihan kelmarin masih berbaki, maka jadi lah projeknya.



Bantal kusyen ni tak besar mana pun, kecil je. Tapi sesuai lah untuk diletakkan diatas
katil atau atas almari.




Kredit gambar dari encik google.

Monday 9 December 2019

Crochet cover kotak tisu lagi


Assalamualaikum...

Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman2 semuanya sihat2 selalu disamping tugas-tugas harian.

Kali ini nak share mengenai hasil crochet yg saya siapkan dua hari yang lepas. Biasanya cover kotak tisu yg saya hasilkan bermotif bunga, tapi kali ini saya hasilkan cover kotak tisu yg menggunakan stitch biasa. Tak semua orang menyukai motif yg berbunga-bunga.


Empat pilihan warna yang berbeza beserta gabungan warnanya, hijau, merah, biru dan kuning.





Jika ada yang berminat bolehlah whatsup saya.


Saturday 7 December 2019

Jalan-jalan ke Handmade Market Tunku Azizah di One City USJ


Assalamualaikum...

Salam dimalam hujung minggu, semoga teman semua sihat dan bahagia selalu.

Siang tadi berkesempatan turun sekejap di One City USJ, support rakan sehobi serta rakan2 pembuat craft2 lainnya yang membuka jualan booth2 produk handmade.





Sukanya saya dapat bertemu dengan rakan sehobi Zalikha Lawrence. Bermula dari dunia maya terus ke alam nyata. Biasanya bersembang melalui mesej fb dan whatsup je... akhirmya bertemu face to face. Orangnya pun memang sangat peramah. 





Ini diantara barangan handemde yg dijual.















Jadi kepada teman2 semua, jika ada kelapangan masa serta tinggal berdekatan USJ, bolehlah ramai2 singgah. 

Jom support barangan handmade Malaysia.