Wednesday 30 December 2020

Crochet Daisy Flower Tutorial

 Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita diupdate kali ini, disini saya sharekan tutorial mengai bunga daisy flower yang mudah, Crochet bunga daisy kali ini kiya boleh jadikan ia brooch, boleh lekatkan kat topi, boleh juga hiaskan crochet tissue box cover serta lainnya.


Saya gunakan benang yang berwarna coklat, kuning dan oren. Seperti biasa saya gunakan benang acrilyc Nona dan jarumnya pula bersaiz 2.5 mm.



Boleh lihat tutorial mengaitnya dengan mengklik gambar di bawah



Jangan lupa support channel youtube saya dengan di like, share, komen serta subsribe.

Selamat mengait.


Saturday 26 December 2020

Crochet Strawberry Fruit

 Assalamualaikum...

Update lagi tentang tutorial crochet, kali ini mengenai bagaimana cara nak mengait buah stawberi. Crochet buah stawberi ni boleh kita jadikan ia keychain, boleh juga dijadikan assesories pada cover kotak tisu atau untuk hiasan-hiasan lainnya.


Untuk mengait crochet buah stawberi ni saya gunakan benang acrilyc yang berwarna merah, putih dan hijau. Benang untuk buah stawberinya pula saya gunakan benang yang berwarna merah dan kuning.



Jika anda nak cuba mengait buah stawberi, boleh klik kat gambar dibawah, saya letakkan linknya.


Jangan lupa support channel youtube saya dengan di like, share, comment serta subscribe. Semoga bermanfaat untuk semua peminatnya.

Selamat mengait.


Crochet Coaster

Assalamualaikum...

Bersua lagi di kali ini, semoga teman-teman semua sihat-sihat sahaja dikala ini.

Kali ini saya sharekan disini cara atau tutorial mengait coaster atau alas cawan seperti diphoto dibawah.

Anda boleh menggunakan warna yang anda suka. Disini saya gunakan warna benang biru, merah dan kuning.




Untuk linknya boleh klik gambar di bawah.



Semoga bermanfaat untuk peminat crochet. Jom support channel youtube saya dengan di like, share, comment serta subscribe.



Sunday 20 December 2020

Crochet Bunga Asther

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, semoga semuanya sihat dan bahagia selalu.

Dah lama tak update blog tentang crochet ni, sibuk dengan tempahan. Sekarang dah tak ada yang menempah, jadi kita mulakan projek yang baru lah ya.

Kali ni saya cuba kaitkan bunga asther pula. Mudah-mudahan projek ni menjadi lah ya hingga ke penghujungnya. Cadangannya nak buat sehingga saiz besar, apa-apa pun kita tunggu dan lihat saja lah.

Saya gunakan lebihan-lebihan benang yang tinggal sikit-sikit. Tak tahu nak buat apa, supaya tak membazir saya buatlah bunga asther.


Inilah sebahagian crochet bunga asther yang saya dah siap kait.

Inilah lebihan-lebihan benang tu, lebihnya sikit-sikit je... So kita kait, gabung-gabungkan 3 warna. Nanti kita cantumkan. Boleh dibuat bedspread, alas meja dan macam-macam lagi.

Inilah kuntuman bunga crochet asther.

Ini bunga crochet yang saya tengah kait sekarang.


Kalau ada dikalangan anda yang ingin mengait crochet bunga asther ini bolehlah tengok kat channel youtube saya, untuk linknya boleh klik gambar dibawah.



Jangan lupa support channel youtube saya dengan di share, like, comment serta subscribe.

Selamat mengait.


Thursday 29 October 2020

Crochet Flower Granny Square Simple

 Assalamualaikum...

Bersua lagi di kali ini, semoga semuanya sihat dan bahagia selalu. Juga salam Maulidur Rasul sempena hari ini ulangtahun kelahiran Nabi kita Muhammad SAW, pemimpin yang tiada tolok bandingnya didunia ini. Mari kita berselawat kepadanya.

Kali ini saya nak kongsikan bagaimana cara mengait crochet flower granny square yang paling simple. Crochet granny square ini boleh kita jadikan alas meja, sarung bantal kusyen serta projek lainnya dengan cara kita menggabungkan kepingan crochet ini serta dikait dengan pelbagai stitch mengikut kreativiti kita masing-masing.


Jika anda ingin mengait, boleh mengait mengikut tutorial di channel youtube saya. 

https://www.youtube.com/watch?v=ZULFg1165B4

Jangan luoa di like, share, comment serta subscribe. Semoga bermanfaat.


Thursday 17 September 2020

Crochet Bunga Grany Square

 Assalamualaikum...

Bersua lagi dientri kali ini, semoga sahabat semua sihat selalu.

Bermula lagi projek yang baru dengan patern bunga yang baru. Menggunakan warna pink terang saya kaitkan menggunakan granny square. Projek kali ini adalah crochet sarung kotak tisu.




Saya menggunakan benang berwarna merah jambu, tompok bunganya berwarna kuning, kemudian warna kuning dan cream. Ini sebenarnya untuk projek kotak tisu.




Inilah kejadian kotak tisu yang sudah siap. Jika anda ingin tutorial cara mengaitnya anda bolh klik linknya:

Part 1:

Part 2:

Part 3 :

Semoga bermanfaat untuk semua peminat crochet.


Sunday 23 August 2020

Crochet Bunga Daisy lagi

 Assalamualaikum...

Bersua lagi dientry kali ini, semoga semuanya sihat selalu.

Alhamdulillah bermula lagi kegiatan kait mengait. Dah lama tak mengait, terasa rindu pula jari jemari ni nak mengait sesuatu. Doakan saya semoga saya akan dapat mengait selepas ini tanpa apa-apa masalah, insyaallah...

Ada yang masih berminat dengan patern bunga daisy ni. Untuk tidak menghampakan permintaannya, maka saya mengait kembali.

Crochet bunga daisy warna biru tua.

Ini pula crochet bunga daisy warna turqoise blue.


Inilah kejadiannya setelah dicantum, untuk dijadikan sarung bantal.

Ini kejadiannya bila dah siap.


Sunday 26 July 2020

Crochet Sarung Bantal Kusyen Daisy Flower


Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua, semoga semuanya sihat selalu. Bersua lagi dientri kali ini.

Bermula lagi projek baru saya, kali ini saya mengait sarung bantal kusyen bunga daisy. Ini hanya bahagian depannya dahulu. Bahagian belakangnya akan menyusul nanti.



Saya menggunakan benang keluaran Malaysia jenama nona. Suka dengan tekstur benangnya yang lembut, qualitinya pun bagus, disamping senang nak dikait berbanding benanag jenama Minlon.


Untuk projek yang ini saya menggunakan benang berwarna kuning untuk tompok bunganya, warna putih untuk bunganya, hijau untuk daunnya dan warna coklat muda untuk dasarnya.



Sunday 19 July 2020

Crochet Diagram Grany Square


Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua...
Kali ini nak share contoh crochet mengikut diagram seperti dibawah.




Macam2 projek mengait boleh dibuat menggunakan diagram grany square tersebut. Contohnya alas meja, sarung bantal dan sebagainya.



Kita perlu mengait mengikut diagram tersebut kemudian cantumkan mengikut kesukaan kita, terserah mau berapa besarnya projek tersebut.


Friday 10 July 2020

Crochet Alas Cawan Tulips


Assalamualaikum...

Update lagi my blog yang satu ni dengan crochet coaster atau crochet alas cawan dengan motif bunga tulip.


Menggunakan benang warna cream, hijau dan kuning.


Menggunakan benang warna pink muda, hijau serta warna pink.


Menggunakan benang warna putih, hijau dan purple.



Juga boleh digunakan untuk alas pasu bunga yg kecil, alas gelas, cawan dan sebagainya.


Thursday 9 July 2020

Crochet Selendang


Assalamualaikum...

Update lagi tentang crochet, kali ini saya cuba mengait pattern jahitan puff, sesuai untuk skaf, selendang, sarung botol air dan sebagainya.


Untuk menghasilkan selendang perlu guna benang yang lembut seperti milk cotton atau benang poly. Saya hanya menggunakan benang nona sahaja.



Tuesday 5 May 2020

Jarum Crochet kesayangan


Assalamualaikum...

Selamat malam semua...

Kali ni nak cerita pula mengenai jarum kait kesayangan yang baru saja sampai. Berkenan dengan pemegang yang cantik dan tidak begitu besar. Sebelum ni pernah beli tapi pemegangnya besar, tak selesa gunakan ia sebab berat dan jadi cepat lenguh jari.



Kalau jarum ini sedang elok je, tak terlalu besar dan terasa ringan je bila mengait. Didatangkan dengan pelbagai saiz yang berberbeza bermula dari bersaiz 1.0 hingga paling besar bersaiz 6. Boleh digunakan untuk mengait menggunakan pelbagai saiz benang.


Bila dah dah ada jarum mengait pelbagai saiz, lepas ni barulah bersemangat nak mengait.


Sunday 3 May 2020

Crochet Bunga Daisy lagi


Assalamualaikum...

Selamat tengahari... semoga sahabat semua sihat2 sahaja hari ini.

masih lagi mengait bunga daisy lagi, tapi kali ni saya menggunakan benang warna merah pula.


Untuk tompok bunganya saya gunakan benang berwarna merah gelap.


Sunday 26 April 2020

Ruangan Mengait dan Menjahit


Assalamualaikum...

Selamat malam semua...

Hari ni terasa rajin sikit, jadi kemas2 lah peralatan mengait dan menjahit. Ruangannya pun kecil je... tak banyak sangat barang2nya. Benang kait pun dah hampir habis.


Inilah peralatan mengait dan menjahit saya. Tempatnya pun kecil je.





Sebahagian dari hasil2 kait saya.


Thursday 23 April 2020

Crochet Bunga Daisy


Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua sahabat...

Hari ini merupakan hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa, kak Diela ucapkan selamat menjalankan ibadah dibulan Ramadhan dan saya juga doakan semoga kita semua dalam bimbingan Allah agar mampu melakukan kebaikan serta ketaatan kepada Allah swt.

Kali ni nak update tentang crochet bunga daisy yang baru saja saya siapkan. Sekarang ni kan masa banyak terluang dirumah bersama keluarga, apa kata kita buatkan benda yang berfaedah utk mengisi masa kosong kita.


Ini crochet bunga daisy menggunakan benang berwarna putih dan kuning. Tompok bunga ditengahnya menggunakan benang berwarna orange.



Belum ada daunnya lagi. Nanti kalau dah ada pasunya kita gubah supaya kelihatan cantik.
Buat sementara guna je botol recycle.



Sebenarnya bunga daisy ni ada bermacam2 warna. Nanti saya akan cuba kaitkan warna yang lain pula.


Thursday 9 April 2020

Alas Meja Sulaman Benang


Assalamualaikum...

Selamat petang semua...

Update lagi, kali ini mengenai sulaman benang pula. Sebenarnya saya dah lama siapkan alas meja comel ni. Kemudian hilang dalam simpanan. Bila di bongkar laci kembali tiba2 bertemu kembali.


Saya gabungkan bunga crochet dengan sulaman benang serta manik. Barulah nampak menyerlah sikit.