Sunday 26 July 2020

Crochet Sarung Bantal Kusyen Daisy Flower


Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua, semoga semuanya sihat selalu. Bersua lagi dientri kali ini.

Bermula lagi projek baru saya, kali ini saya mengait sarung bantal kusyen bunga daisy. Ini hanya bahagian depannya dahulu. Bahagian belakangnya akan menyusul nanti.



Saya menggunakan benang keluaran Malaysia jenama nona. Suka dengan tekstur benangnya yang lembut, qualitinya pun bagus, disamping senang nak dikait berbanding benanag jenama Minlon.


Untuk projek yang ini saya menggunakan benang berwarna kuning untuk tompok bunganya, warna putih untuk bunganya, hijau untuk daunnya dan warna coklat muda untuk dasarnya.



Sunday 19 July 2020

Crochet Diagram Grany Square


Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua...
Kali ini nak share contoh crochet mengikut diagram seperti dibawah.




Macam2 projek mengait boleh dibuat menggunakan diagram grany square tersebut. Contohnya alas meja, sarung bantal dan sebagainya.



Kita perlu mengait mengikut diagram tersebut kemudian cantumkan mengikut kesukaan kita, terserah mau berapa besarnya projek tersebut.


Friday 10 July 2020

Crochet Alas Cawan Tulips


Assalamualaikum...

Update lagi my blog yang satu ni dengan crochet coaster atau crochet alas cawan dengan motif bunga tulip.


Menggunakan benang warna cream, hijau dan kuning.


Menggunakan benang warna pink muda, hijau serta warna pink.


Menggunakan benang warna putih, hijau dan purple.



Juga boleh digunakan untuk alas pasu bunga yg kecil, alas gelas, cawan dan sebagainya.


Thursday 9 July 2020

Crochet Selendang


Assalamualaikum...

Update lagi tentang crochet, kali ini saya cuba mengait pattern jahitan puff, sesuai untuk skaf, selendang, sarung botol air dan sebagainya.


Untuk menghasilkan selendang perlu guna benang yang lembut seperti milk cotton atau benang poly. Saya hanya menggunakan benang nona sahaja.