Sunday 23 August 2020

Crochet Bunga Daisy lagi

 Assalamualaikum...

Bersua lagi dientry kali ini, semoga semuanya sihat selalu.

Alhamdulillah bermula lagi kegiatan kait mengait. Dah lama tak mengait, terasa rindu pula jari jemari ni nak mengait sesuatu. Doakan saya semoga saya akan dapat mengait selepas ini tanpa apa-apa masalah, insyaallah...

Ada yang masih berminat dengan patern bunga daisy ni. Untuk tidak menghampakan permintaannya, maka saya mengait kembali.

Crochet bunga daisy warna biru tua.

Ini pula crochet bunga daisy warna turqoise blue.


Inilah kejadiannya setelah dicantum, untuk dijadikan sarung bantal.

Ini kejadiannya bila dah siap.