Monday 8 November 2021

How To Join Crochet Granny Square (part 2) #73


Assalamualaikum wrh wbr...

Jumpa lagi kita di kali ini, moga sahabat semua sihat selalu.

Update lagi tentang seni crochet. Kali ini saya tunjukkan bagaimana cara mencantumkan bunga granny square sehingga menjadi sehelai blanket. Tapi blanketnya belum siap sepenuhnya.


Ini bunga crochet yang belum dicantumkan. 



Ini kepingan granny square yang sudah dicantumkan.



Inilah video tutorial cara mencantumkan granny square. Semoga bermanfaat bagi peminat crochet. Selamat mengait.



Monday 11 October 2021

How To Crochet Flower Popcorn Granny Square (Left Hand)


Hai sahabat semua...
Assalamualaikum wrh wbr...
Jumpa lagi di update kali, moga semuanya sihat selalu. Kali ini saya tunjukkan bagaimana cara mengait flower popcorn grany square berbentuk seperti bunga daisy.

Saya gabungkan menggunakan benang yang berwarna lembut seperti warna kuning, biru, purple, kuning muda, pink muda, putih serta hijau.


Benang yang saya gunakan untuk mengait.
 

Sebahagian bunga crochet yang saya dah kait. Tinggal untuk menggabungkan bunga granny square saja untuk dijadikan blanket.


Jika ingin cara mengaitnya boleh lihat divideo ini, jangan lupa bantu subscribe ya...


Selamat mengait.


Tuesday 21 September 2021

Cara Mengait Coaster

Hai... Assalamualaikum wrh wbr...

Jumpa lagi kita di kali ini, lama saya tak update my blog yang satu ni.  Sekarang ni tak mengait sangat, memandangkan tangan saya tak berapa kuat, bila bangun pagi suka kebas2 jari. Jadi takut juga nak terus-terusan mengait.Cuma buat tutorial kat youtube je. Kalau buat tutorial youtube, tak banyak sangat mengait, lagi pun 3 atau 4 hari sekali.

Tapi kadang2 mengait juga walaupun sakit2 tangan. Satu hari tak mengait, rasa tak lengkap je.


Ni lah bilik mengait saya yang sekangkang kera tu, bila ada masa kosong kat sini lah tempatnya saya melepak. 



Ini pula gambar crochet coaster yang saya ambil untuk dijadikan thumnail untuk youtube saya.

Jika anda ingin belajar mengait coaster atau alas cawan, boleh tengok di channel youtube saya.




Jangan lupa support channel youtube saya dengan like, share komen serta subscribe.


Friday 18 June 2021

Crochet Tulip Stitch.

Hai sahabat semua... 

Assalamualaikum wrh wbr... Salam dihari jumaat yang berbahagia ini, moga anda semua beroleh kesihatan yang baik di hari ini. Update kali ini saya sharekan mengenai crochet tulip stitch untuk tutorial di channel youtube saya.

Tulip sritch ini sangat mudah untuk dikait. Tulip stitch ini juga sangat sesuai untuk kita kait pada botol air, cover glas kaca, cover pasu bunga, alas meja, blanket dan sebagainya.
Untuk memudahkan anda untuk mengait anda boleh lihat dichannel youtube saya. https://www.youtube.com/watch?v=7dkG7wPLClI Jangan lupa support channel youtube saya dengan disubscribe, like serta komen. Selamat mengait.


Saturday 29 May 2021

Crochet Pasu Bunga

Assalamualaikum... 

Update lagi blog saya yang satu ini, kali ini saya sharekan tentang crochet pasu bunga yang saya hasilkan untuk tutorial youtube sebelum ini.
Crochet pasu bunga ni adalah idea untuk kawan2 yang suka menanam bunga di dalam rumah. Kita boleh buatkan cover crochet untuk pasu bunga tersebut, barulah cantik bila diletakkan diatas meja kopi diruang tamu ataupun boleh kita letakkan di atas kabinat atau almari.


Saturday 22 May 2021

Alat Penggulung Benang

Assalamualaikum wrh wbr... 

Selamat tengahari sahabat semua, dan selamat hari raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan bathin. Lama juga tak update blog yang satu ini disebabkan sedikit kesibukkan. Sekarang ni dah start PKP balik, so bolehlah update blog yang dah lama tak berupdate. Kali ni nak bercerita pula tentang alat wool winder yang saya belikan tempohari. 

Rasa bagus juga bila dah ada alat penggulung benang ni, jadi tersusun pula lebihan benanag-benang yang berserabut. Rasa bersemangat pula nak mengait bila lihat benang-benang digulung dan disusun kemas.
Alat wool winder.
Benang yang digulung menggunakan wool winder.
Lebihan benang yang belum digulung.
Benang-benang yang digulung menggunakan wool winder. Sungguh cantik dan kemas je susunannya.



Friday 26 March 2021

Bilik Kraf Kait

Assalamualaikum... 

Salam sejahtera buat sahabat semua, moga anda semua sihat-sihat serta bahagia selalu. Dah lama saya tak update blog yang satu ini, kali ini ada kelapangan waktu sedikit. Jadi saya update lagi dengan photo koleksi barangan jahitan dan kaitan saya. 

Baru kali ini saya dapat menyusun kembali peralatan menjahit, barangan mengait serta koleksi hasil kaitan saya. Sebenarnya masih banyak lagi hasil kaitan saya yang masih tersimpan. Jika ada masa nanti saya akan tunjukkan lagi ya...
Projek yang belum siap baru nak dibuat. Ini rencananya nak buat alas meja, nanti saya tunjukkan bila dah siap nanti.
 

Ini juga projek mengait saya yang belum siap, projek ini memerlukan masa yang agak lama. Saya cadangkan untuk buat blanket, tapi belum tahulah menjadi atau tidak. Apa-apa pun ada jugalah kegiatan untuk dibuat jika ada masa terluang, memandangkan sekarang tiada tempahan dari customer.
Tempat saya lepak, bila ada kelapangan masa saya akan duduk duduk di sini sambil mengait.
Ini pula peralatan mengait saya, set jarum kait dengan pelbagi saiz. Memudahkan kita bila nak mengait, boleh sesuaikan saiz hook dengan besar saiz benang yang kita hendak gunakan.
Inilah keseluruhan ruangan kraf saya. Tak besar manapun ruangannya, tapi selesalah untuk saya lepak-lepak di sini jika ada kelapangan waktu.


Saturday 13 February 2021

Crochet cover plastik

Assalamualaikum... 

Bertemu lagi kita dikali inii, moga sahabat semua sihat2 selalu. Kali ini ini saya sharekan projek mengait saya iaitu crochet cover plastik dengan hiasan crochet bunga lavender.
Untuk tutorial youtubenya boleh klik disini

Saturday 9 January 2021

Crochet Rose Flower Granny Square

 Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita di kali ini, semoga semuanya sihat selalu. kali ini saya nak share tentang crochet rose flower granny square yang saya buatkan utk tutorial mengait. Juga ini adalah projek untuk mengisi masa lapang di samping meyiapkan video2 tutorial mengait untuk di upload ke youtube.



            Baru sebegini saya mengait, selepas ini mungkin lebih banyak lagi yang saya akan akan hasilkan dengan beberapa lagi warna benang untuk bunganya.Crochet rose flower granny aquare ini boleh dibuat selimut baby. Saya menggunakan warna yang lembut untuk bunganya.

Jika ada para crochector yang ingin mengait boleh lihat di channel youtube saya Diela Crochet atau anda boleh klik di gambar dibawah.

Saya letakkan linknya.

Jangan lupa support channel youtube saya dengan di like,share, comment dan juga subscribe.