Saturday, 7 July 2018

Crochet Alas Meja Comel lagi


            Assalamualaikum...

    Salam di hujung minggu, semoga teman2 berbahagia bersama keluarga tersayang.

    Kali ini saya entrikan mengenai alas meja lagi yang menggabungkan warna merah, pink, putih serta sedikit warna hijau.




    Saya hanya menggunakan benang nona sahaja. Sekarang benang nona mumpunyai pelbagai warna yang menarik. Jika kita pandai menggabungkan warnanya, hasil crochet pasti kelihatan cantik dan menarik.


Tuesday, 3 July 2018

Crochet Alas Meja Comel lagi


           Assalamualaikum...

    Bersua lagi di entri kali ini, moga teman2 semua sihat2 sahaja hari ini.

    Kali ini saya entrikan mengenai crochet alas meja comel lagi. Kali ini warnanya merah putih pula.




     Kepada teman2 yang ingin menempah boleh whatsup saya Diela 019 3742795.

     Tunggu ya... akan menyusul lagi patern-patern lain yang berlainan dgn gabungan warna yang menarik.



Tuesday, 26 June 2018

Buku Sulaman Reben


         Assalamualaikum...

     Selamat malam... semoga teman2 semua sihat-sihat sahaja di ketika ini.

     Dah lama saya idamkan nak dapatkan buku sulaman reben by Suzana Mustafa ni. Sebenarnya sebelum saya mengait, dulu saya pernah mencuba juga membuat sulaman reben ni, tapi rupa-rupanya memang susah membuatnya, perlu penuh kesabaran, ketelitian serta penuh ketekunan yang tinggi. Barulah hasilnya pun cantik. Tapi hanya seketika sahaja minat tu datang. 




      Tapi bila ternampak je buku ni, minat tu datang kembali. Kebetulan pakcik yg jual buku ni pula bagi harga murah dari harga asalnya, apalagi teruslah saya ambil buku ni...
 



      Tengok tu macam2 patern bunga ros beserta step step serta teknik menyulam diajar dengan detail. Memang mudah sangat kita nak pelajari.


    
Dengan sulaman reben ni macam2 benda kita boleh buat seperti bantal kusyen, pouch bag, hiasan dinding, alas meja dan bermacam-macam lagi.


Saturday, 16 June 2018

Crochet Alas Peti Ais


       Assalamualaikum...

     Salam bahagia serta salam ceria... semoga teman2 sihat -sihat sahaja hendaknya.

     Kali ini saya entrikan mengenai hasil crochet saya iaitu alas peti ais, ini adalah crochet permintaan dari salah seorang customer saya yg minta saya kaitkan alas peti ais utknya. Jom tengok hasilnya...




     Kali ini saya gunakan benang berwarna oren muda, sedikit warna merah utk tompok bunganya dan sedikit benang warna hijau kelihatan seperti daun beserta benang warna brown utk dasarnya.


      Alas ini utk peti ais yang sederhana besarnya. Jika ada peminat2 crochet yg ingin membuat tempahan bolehlah whatsupp saya.


Friday, 1 June 2018

Crochet Alas Meja Comel


         Assalamualaikum...

     Selamat tengahari semua... semoga anda ceria2 selalu dihari ini.

     Alhamdulillah... hari ni dah masuk hari yang ke 17 Ramadhan. Bahang raya pun dah semakin terasa. Ibu-ibu atau suri rumah tangga dah mula sebok buat persiapan utk hari raya yang bakal tiba nanti. Ada yang menghias rumah, membuat kuih dan tak ketinggalan juga menyiapkan pakaian ukt hari raya. Walau apa pun juga berbelanja biarlah mengikut kemampuan kita, semoga kita tidak membazir.

    Kali ini saya entrikan mengenai crochet alas meja kecil yg saya siapkan tempoh hari.


     Crochet alas meja kali ini saya gunakan motif bunga matahari. Menggunakan warna oren, putih serta sedikit warna hijau.



     Alas meja ini taklah sebesar mana pun, tapi sangat sesuai di letak di atas almari makeup.


Wednesday, 23 May 2018

Crochet Alas Almari Kecil


    Assalamualaikum...

     Lamanya tak update blog yang satu ni...
Biasalah... kadang-kadang mood mengait ke laut. Tapi ini terpaksa saya siapkan tempahan dari customer. 



     Kali ini paternnya bunga ros. Saya gunakan benang berwarna pink muda, sedikit warna hijau dan digandingkan pula dengan warna coklat sebagai dasarnya.



     Saya buatkan berbentuk 3 persegi atas permintaan customer. Alas ni sesuai diletak diatas almari yang berlaci.




Thursday, 22 February 2018

Crochet Alas Meja Merah Putih


          Assalamualaikum...

       Bersua lagi di entri kali ini, pembuka bagi tahun 2018. Disebabkan oleh kesibukan persiapan saya ke umrah insya allah sebentar lagi serta moodnya yang tidak kunjung datang, maka agak terbengkalai lah projek kali ini. Walau bagimanapun diusahakan juga saya menyiapkan projek saya yang satu ini.


    Alas meja ini memang sangat sesuai untuk meja panjang. Kali ini saya gunakan warna merah putih pula beserta sedikit warna hijau untuk daunnya.



Penghujung sebelah kanan.


Penghujung sebelah kirinya.


Close up kuntuman bunganya.