Sunday 27 January 2019

Crochet Cushion Cover lagi


  Assalamualaikum...

      Selamat tengahari semua sahabat... semoga semuanya sihat2 dan ceria selalu di hari Isnin ini.

      Bermula lagi projek baru, sambil2 mengait tempahan customer yg masih berbaki yg belum disiapkan lagi, teringin pula mengait crochet cushion cover dengan bunga serta patern2 yang baru. Jom layan dulu...


      Kali ini crochet bunganya gabungan warna pink dan maroon, sedikit warna hijau utk daunnya dan warna dasarnya tetap warna putih.


      Sebenarnya ini baru bahagian depannya dulu. Tak sabar rasanya nak tunggu siapkan. Saya share kan dulu bahagian depannya. Dah siap sepenuhnya nanti saya tunjukkan lagi hasilnya.


      Kelihatan agak kecil, cadangan saya nak buat sarung bantal kusyen untuk hiasan kereta, cuma 13x13 inci. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat hasilnya ya...