Saturday 28 December 2019

Menghadiri Program Anjuran Sewing World di One City, USJ.


Assalamualaikum...

Hari ni saya rasa sangat beruntung kerana dapat menghadirkan diri dalam satu program yang dianjurkan oleh Sewing World. Program ni memang sangat penting bagi mereka2 yang berjinak2 ingin menjadi seorang bissnesman atau bisnesswomen yang berjaya di masa akan datang.

Saya merupakan salah seorang dari pelajar Epal (jahitan kreatif). Sebenarnya seni jahitan ini bukanlah tertumpu kepada jahitan baju sahaja, tetapi merangkumi semua aspek jahitan seperti:

1. Needle work
2. Smocking
3. Quilting
4. Sewing bag
5. Embroidery handling
6. Design degitisation
7. Product sales and marketing

Ternyata jahitan creative memang begitu luas.



Beruntung sangat dapat sedut pelbagai ilmu dari kakitangan Sewing World dan juga wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia mengenai bagaimana cara nak memohon Sijil Kemahiran Melaysia.


Kebetulan pula hari ni, teman sehobi buka booth jualan pula. 



Inilah hasil produk crochet yang beliau hasilkan. Cantik... kan. Memang kreatif.

Nanti saya juga akan menyertai jualan Handmade Market Tuanku Azizah selama 4 hari bermula pada 28hb Februari-2 hb March 2020.


Saturday 14 December 2019

Crochet Bantal Kusyen Bintang


Assalamualaikum...

Selamat petang, moga teman2 berbahagia selalu dihujung minggu ini.

Saja-saja ja saya cuba mengait bantal kusyen berbentuk bintang ni. Tengok gambar contoh (kat bawah sekali) macam cantik je... Jadi saya pun kait lah. Tak ada diagram pun,  main agak-agak je mengait. Untung menjadi jugak.



Kebetulan ada perca kain serta fiber lebihan kelmarin masih berbaki, maka jadi lah projeknya.



Bantal kusyen ni tak besar mana pun, kecil je. Tapi sesuai lah untuk diletakkan diatas
katil atau atas almari.




Kredit gambar dari encik google.

Monday 9 December 2019

Crochet cover kotak tisu lagi


Assalamualaikum...

Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman2 semuanya sihat2 selalu disamping tugas-tugas harian.

Kali ini nak share mengenai hasil crochet yg saya siapkan dua hari yang lepas. Biasanya cover kotak tisu yg saya hasilkan bermotif bunga, tapi kali ini saya hasilkan cover kotak tisu yg menggunakan stitch biasa. Tak semua orang menyukai motif yg berbunga-bunga.


Empat pilihan warna yang berbeza beserta gabungan warnanya, hijau, merah, biru dan kuning.





Jika ada yang berminat bolehlah whatsup saya.


Saturday 7 December 2019

Jalan-jalan ke Handmade Market Tunku Azizah di One City USJ


Assalamualaikum...

Salam dimalam hujung minggu, semoga teman semua sihat dan bahagia selalu.

Siang tadi berkesempatan turun sekejap di One City USJ, support rakan sehobi serta rakan2 pembuat craft2 lainnya yang membuka jualan booth2 produk handmade.





Sukanya saya dapat bertemu dengan rakan sehobi Zalikha Lawrence. Bermula dari dunia maya terus ke alam nyata. Biasanya bersembang melalui mesej fb dan whatsup je... akhirmya bertemu face to face. Orangnya pun memang sangat peramah. 





Ini diantara barangan handemde yg dijual.















Jadi kepada teman2 semua, jika ada kelapangan masa serta tinggal berdekatan USJ, bolehlah ramai2 singgah. 

Jom support barangan handmade Malaysia.


Sunday 24 November 2019

Crochet Cover Kotak Tisu lagi


Assalamualaikum...

Salam dihari minggu sahabat diela's Crochet semua, moga sihat selalu.

Kali ini saya nak share mengenai crochet cover kotak tisu lagi. Lain sedikit patern kali ini, tak seperti patern yg sebelumnya berbunga-bunga. Patern yg begini simple je...


Cover kotak tisu kali ini gabungan warna benang merah, pink dan pink muda.


Saiz kotak tisu pula saiz yang biasa je... 70 helai tisu.


Insya allah, nanti saya akan siapkan beberapa gabungan warna yang berlainan untuk cover kotak tisu seperti ini.


Sunday 17 November 2019

Simbol-simbol dalam crochet


Assalamualaikum...

Selamat malam semua... moga sihat selalu.
Kali ini saya nak share pula tentang simbol2 dalam crochet. Kalau nak jadi pakar dalam mengait perlulah kena pandai baca simbul2 tersebut.











Perlunya kita mengetahui simbul2 tersebut untuk memudahkan kita mengait menggunakan diagram.


Tuesday 12 November 2019

Crochet Sarung Bantal Kusyen lagi


Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
Lagi santai2 petang, update my blog yang satu ni. Tentang crochet sarung bantal kusyen yang saya telah siapkan yang terbengkalai sebelum ni.


Sebelum ni dah pernah kait patern bunga macam ni, tapi tak apalah jamu mata je lah... kot kot kalau ada yang berkenan.



Crochet sarung  bantal kusyen ni bersaiz 18x 18 inci. Gabungan antara warna benang purple tua, purple muda, putih serta sedikit benang berwarna hijau.


Monday 11 November 2019

Crochet Alas Meja Kopi


Assalamualaikum...

Salam bahagia semua sahabat Diela's Crochet, semoga sihat selalu.

Dah lama tak mengait disebabkan kesihatan yang tak begitu mengizinkan utk saya mengait. Tapi alhamdulillah, kesihatan pun dah semakin pulih, jadi saya dah pun start mengait lagi.

Kali ini saya sempat menyiapkan crochet alas meja kopi. Tak besar mana pun, kecil je ukurannya. Tapi kira okey lah...


Gabungan antara warna benang putih, merah, pink, merah gelap dan sedikit warna hijau.





Thursday 31 October 2019

Crochet Beanie Hat


Assalamualaikum...

Selamat petang... 
Bersua lagi di entry kali ini, hari ni saya nak share tentang hasil crochet saya iaitu crochet beanie.



Crochet beanie ni memang sanat sesuai untuk perempuan. Saya gabungkan 2 warna yaitu kuning dan oren.



Kalau ada yang nak cuba mengait boleh klik sini.


Sunday 27 October 2019

Program Santai Piknik Mengait


    Assalamualaikum...

Selamat malam semua sahabat Diela's Crochet. moga sihat selalu.

Agak lama juga saya tak mengapdate my blog yang satu ni. Memandangkan kesihatan saya yg begitu tidak mengizinkan saya utk mengait, jadi saya stop mengait dulu buat sementara waktu ni. Tapi rasanya tak boleh, tangan ni gatal juga nak mengait.

Jadi hari ni saya join program Santai Picnic Mengait bersama crochecters, bertempat di Taman Tasik Shah Alam. 





Lama tak berkumpul dengan kawan-kawan sehobi, jadi hari ni tak lepaskan peluang hadir juga diprogram kali ini.







Semuanya khusyuk mengait beanie untuk kanak-kanak Syiria.


Tekunnya kakak kita menyiapkan selimut. 



Tak ketinggalan juga ada jualan benang. 





Juga ada jualan hasil kerjatangan dari crochecters.

Mudah-mudahan saya dapat mengikuti program yg akan dianjurkan pada masa akan datang.