Thursday 20 December 2018

Crochet Cover Bantal Kusyen lagi


      Assalamualaikum...

Siap lagi cover bantal kusyen pilihan customer saya. Kali ini warna kuning oren, menggunakan motif bunga daisy.





Monday 17 December 2018

Crochet Tissue Box Cover Yellow colour.


     Assalamualaikum...

Semoga semuanya sihat sahaja di hari ini.

Siap lagi satu projek crochet sambil2 mengait tempahan dari customer. Kali ini TBC warna kuning pula, dicampur sengan sedikit benang berwarna oren,  Jom tengok...


Crochet kali ini tak tahulah pula apa nama bunganya... main kait saja, asal nampak macam bunya sudah lah.



Kalau ada yang berminat, whatsup saja lah 
019 37427965 Puan Diela.



Friday 7 December 2018

Contoh-contoh Sulaman Benang



    Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua... Apa khabar? Semoga sihat2 semuanya.

Cantiknya sulaman benang...
Saya juga meminati sulaman2 seperti sulaman reben serta sulaman benang. Bila melihat hasil kerja tangan orang lain, terasa pula nak mencuba. Tapi nampaknya belum sempat lagi. Sekarang ini saya hanya fokus tentang crochet dahulu untuk menyiapkan tempahan customer yg masih ada.

Insyaallah, kalau ada kerajinan dan masa terluang nak juga saya cuba nanti.

Walau bagaimana pun saya cuba letakkan contoh2 sulaman benang yg saya dapatkan daripada encik google.





























Cantiknya... 
Suka saya tengok hasil kerjatangan mereka yang kreatif ni, bukan sahaja cantik tapi tersangat kemas.


Macam-macam Jualan di Handmade Market


      Assalamualaikum...

    Selamat malam semua... semoga sihat dan berbahagia selalu.

    Kali ini saya nak share mengenai macam-macam jualan di Handmade Market tempohari. Saya rasa mesti ramai diantara kalian yang sukakan barangan handmade, kerana barangan hasil buatan tangan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Jom tengok...

    
Beg-beg anyaman.


Booth-booth jualan dilihat dari tingkat atas. Lihat tu... macam2 ada.


Booth gubahan bunga.


Jualan hasil2 crochet.


Juga beg2 anyaman, bakul serta tudung saji.



Brooch2 serta aksesori hiasan juga turut  dijual.


Hasil2 crochet.


Tudung saji.


Juga gubahan bunga.



Handbag serta dompet.


Bantal owl... comel2 semuanya.


Handmade bag dari kain jean, memang memukau pandangan.

Sebenarnya banyak lagi terdapat jualan yang bermacam-macam. Hanya itu sahaj yg dapat saya share kan.