Tuesday 7 April 2015

Crochet Bunga lagi


   Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia semua. Kali ini saya entrikan mengenai crochet bunga lagi.Masih lagi menggunakan warna oren.



Enam kuntum bunga crochet.


       Masih belum tahu lagi apa akan dibuat dengan bunga-bunga crochet ini. Tunggu mood rajin seterusnya.




Friday 3 April 2015

Menjahit Sarung Bantal Kusyen


     Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia kepada teman-teman peminat krusye sekalian, semoga anda berbahagia selalu. Kali ini nak cerita pula mengenai jahitan sarung bantal kusyen.


    Kebetulan terjumpa pula kain cotton bercorak vantage ni. Warnanya pun kelihatan lembut sahaja. Apa lagi belilah semeter. 


    
    Memandangkan sarung bantal kusyen lama dah tak bertukar, lagi pula warnanya pun dah nampak buruk. Jadi saya jahitkan sarung bantal kusyen yang baru.


    
   Untuk semetar kain dapatlah lima biji bantal kusyen. Kira Ok lah tu, nampaklah comel sikit.