Monday 27 November 2017

Crochet Tissue Toilet Covet


          Assalamualaikum...

    Selamat petang pengunjung blog Diela's Crochet semua. Semoga anda semua berada dalam lindungan kesihatan yang baik serta kebahagiaan selalu.

    Kali ini saya entrikan mengenai hasil crochet saya kali ini iaitu crochet cover tisu toilet. Jom tengok...


      Cover tisu toilet yang saya hasilkan ini boleh digantung di luar atau di dalam toilet. Saya hasilkan tiga jenis warna yaitu purple, merah serta kuning. Setiap satunya boleh diisi 2 gulung tisu.


    Ini disnap secara dekat bentuk bunganya. Bunganya menggunakan benang yang berwarna purple. Entah apa namanya bunga ini tapi kelopaknya berlapis-lapis.


 Ini pula bunga crochet yg menggunakan benang yang berwarna kuning.


     Dan yang akhir sekali bunganya menggunakan benang yang berwarna merah pula.

    Untuk crochet cover tisu toilet ini boleh dibuat untuk satu, dua atau tiga gulung tisu
untuk satu gantungan.

    Jika ada teman2 yang berkenan bolehlah hubungi saya.

Sunday 5 November 2017

Cara Mengait Patern Strawbery Stitch


          Assalamualaikum sahabat semua...

    Bersua lagi kita kali ini. Semoga pengunjung blog Diela Crochet sihat2 sahaja. Kali ini saya ingin sharekan mengenai cara mengait patern strawbery stitch. Biasanya crochet strawbery ini kita boleh menghasilkan beg, dompet kecil, sarung botol air, sarung pasu bunga dan sebagainya lagi. Terpulang kepada creativiti masing-masing untuk menghasilkan barangan tersebut.


Cantik...kan jika dilihat hasilnya.






      Ini diagram cara mengait patern strawbery stitch. Semoga dapat difahami dengan jelas cara mengaitnya dan semoga bermanfaat kepada semua peminat2 cochet.