Sunday 31 March 2019

Crochet Tissue Box Cover Pink Hitam


    Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... bertemu lagi di update kali ini.

Siap lagi crochet Tisyu box cover. Kali ini warna pink dan hitam. Masih menggunakan patern bunga camelia.







Jom Mengait


Assalamualaikum...

    Selamat malam dan selamat berhujung minggu, semoga anda semua berbahagia selalu.

    Dah pun habis cuti sekolah, esok bermula lagi sesi persekolahan. Kejap je masa berlalu, tahu2 dah seminggu.

    Tak tahu nak cerita apa, ni lah sebahagian dari koleksi hasil crochet saya. sebelum ni ada adik2 dari UITM berkunjung ke tempat saya nak buat reseach tentang seni mengait(crochet) ni. Jadi saya pamerkanlah serba sedikit tentang hasil2 crochet saya yg masih berbaki. 



    Sebenarnya hasil crochet yg ada disitu ada yang sudah bertuan, jadi dipinjam sekejap utk dipamerkan.


     Terima kasih Dikno sudi berkunjung ke tempat akak, belajar serba sedikit tentang asas mengait. Mudah2an awak akan sukses dlm apa jua bidang yg dipelajari.

    Jomlah belajar mengait... Kalau ada yang berminat nak belajar, bolehlah hubungi saya.


Wednesday 20 March 2019

Crrochet Kusyen Cover Biru


Assalamualaikum...

    Bertemu lagi kali ini... nak update mengenai sarung bantal kusyen warna biru yg saya siapkan baru2 ini.


    Sebenarnya sarung bantal ni dah lama saya kait tapi terbengkalai, sbb sibuk mengait tempahan customer. 

    Patern bunganya saya masih lagi menggunakan bunga daisy. Saya gabungkan benang warna biru tua, biru cair, warna hijau, warna putih sebagai warna dasar dan sedikit warna kuning utk tompok bunganya.


      Utk bahagian tepinya saya selang selikan benang warna putih dan biru. 


Monday 18 March 2019

Cover bantal Kusyen Pink Merah


        Assalamualaikum...

     Selamat tengahari, moga semua pengujung blog diela's crochet sihat2 semuanya hari ini.

     Kali ini saya sempat siapkan lagi kusyen cover pilihan customer saya ini. 





    Kusyen cover ni bersaiz 18x18 inci. Besarnya standart lah boleh digunakan utk bantal kusyen yang ada dijual dekat shopping centre.


Friday 15 March 2019

Crochet Cover Kusyen lagi


       Assalamualaikum...

Selamat petang...

   Alhamdulillah baru sahaja siapkan sarung bantal kusyen lagi. Terjebak juga saya dengan patern yang selalu dicuba oleh rakan-rakan mengait di fb, akhirnya saya pun mencuba juga kaitkan patern tersebut.


     Nampak macam senang je, tapi bila start mengait terkial-kial juga. Kena bukak dua tiga kali barulah faham. Tapi takpa itu namanya proses belajar, kalau salah cuba lagi. Alhamdulillah akhirnya menjadi juga.


      Warna benang yang saya gunakan adalah gabungan warna putih, pink dan hitam.


    Kita juga boleh kait mengikut saiz yang kita perlukan mengikutsaiz bantalnya. Kalau ini saya kait saiz 16x16 in. Jika nak letak kat dalam kereta elok kita kait saiz 13x13 in. Jika ada yg berminat bolehlah whatsup saya.


Tuesday 12 March 2019

Crochet Cover Bantal Kusyen lagi


    Assalamualaikum...

     Selamat petang semua... semoga semuanya sihat2 sahaja dipetang ini.

     Lama juga saya tidak mengupdate blog saya ini, baru sekarang berkesempatan nak update. Kali ini saya tunjukkankan crochet cover bantal kusyen dengan patern yang baru.


     Bantal kusyen yang ini hanya bersaiz 13x13 in sahaja. Memang sangat sesuai jika diletakkan didalam kereta. 

     Jika ada yang berminat nak tempah bolehlah whatsup saya.