Friday 15 March 2019

Crochet Cover Kusyen lagi


       Assalamualaikum...

Selamat petang...

   Alhamdulillah baru sahaja siapkan sarung bantal kusyen lagi. Terjebak juga saya dengan patern yang selalu dicuba oleh rakan-rakan mengait di fb, akhirnya saya pun mencuba juga kaitkan patern tersebut.


     Nampak macam senang je, tapi bila start mengait terkial-kial juga. Kena bukak dua tiga kali barulah faham. Tapi takpa itu namanya proses belajar, kalau salah cuba lagi. Alhamdulillah akhirnya menjadi juga.


      Warna benang yang saya gunakan adalah gabungan warna putih, pink dan hitam.


    Kita juga boleh kait mengikut saiz yang kita perlukan mengikutsaiz bantalnya. Kalau ini saya kait saiz 16x16 in. Jika nak letak kat dalam kereta elok kita kait saiz 13x13 in. Jika ada yg berminat bolehlah whatsup saya.


No comments:

Post a Comment