Wednesday 25 March 2015

Crochet Sarung Bantal Kusyen Siap Sepenuhnya.


   Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi kali ini.... Kelmarin saya entrikan mengenai crochet sarung bantal kusyen, tetapi bahagian hadapannya sahaja. Kali ini saya pamerkan sarung bantal kusyen yang sudah siapa sepenuhnya.


    Sebahagian sahaja krusye bahagian belakangnya.


 Krusye bahagian belakangnya yang hampir siap.

    Sarung bantal kusyen yang sudah siap sepenuhnya.



  
 Diletakkan butang agar ia kelihatan kemas.




Tuesday 17 March 2015

Crochet Bantal Kusyen lagi


       Assalamualaikum wrh... wbr....

   Bertemu lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu. Kali ini saya nak share mengenai hasil crochet saya untuk membuat sarung bantal kusyen. Tetapi belum siap sepenuhnya, cuma bahagian hadapannya dahulu.



Inilah hasilnya, paten bunganya serta warnanya sama dengan bekas kotak tisu sebelum ini.



Gambar diambil dari dekat.







     Tunggulah sehingga crochet sarung bantal kusyen siap sepenuhnya.... nanti.


Monday 16 March 2015

Crochet Kotak Tisu lagi


      Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bersua lagi kita di entri kali ini. Kali ini saya entrikan mengenai crochet kotak tisu lagi. Kali ini saya gabungkan 3 warna sahaja iaitu warna kuning, hijau serta warna kuning cair.



      Saya menggunakan benang nona kerana warna agak lembut, dan banyak pilihan warnanya.



   Ini crochet bunganya sahaja, menggunakan 6 kuntum bunga crochet untuk satu kotak tisu.



      Ini pula bunga crochet yang dikait dengan warna hijau, kelihatan seperti daunnya.





     Ini pula cover kotak tisu yang sudah jadi, ditengah-tengah kelopak bunganya dijahit manik besar sebagai tompok bunganya.



Dilihat dari pandangan atas.



Ini pula dilihat dari pandangan sisinya.



Tempahan dibuka


     Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam bahagia teman-teman peminat crochet, semoga anda semua berbahagia selalu. Ada juga diantara teman-teman peminat crochet yang bertanyakan bagaimana caranya untuk membuat tempahan. 



     
      Di sini saya berikan email serta no phone. Jika ada diantara teman-teman yang ingin membuat tempahan bolehlah emailkan atau whats upkan ke nombor tersebut.





Monday 9 March 2015

Crochet bunga lagi


      Assalamualaikum wrh.... wbr....

         Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya. Dah lama tak mengait, sekali-sekala tangan ni mesti nak mengait. Oleh kerana benang yang masih berbaki masih ada lagi, maka daripada duduk diam baiklah mengait. Kali ini saya mengait bunga. tapi tak tahu pula apakah nama bunganya, sekali tengok macam bunga teratai pun ada... so layanlah ya....




               Sebenarnya bunga crochet yang berwarna merah tu.... benangnya dah habis. Kat kedai yang saya selalu beli benang kait tu, stok benangnya dah habis, baru nak oder semula. Jadi saya kaitlah menggunakan benang yang berwarna kuning pula. Kemudian warna hijaunya pula habis, maka terbengkalailah projeknya.




              Jadi... layan jelah bunga crochetnya dulu. Nanti kalau dah ada benangnya, barulah disambung lagi projeknya. Projek crochet apa.... tunggu lah nanti.