Monday 16 March 2015

Crochet Kotak Tisu lagi


      Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bersua lagi kita di entri kali ini. Kali ini saya entrikan mengenai crochet kotak tisu lagi. Kali ini saya gabungkan 3 warna sahaja iaitu warna kuning, hijau serta warna kuning cair.



      Saya menggunakan benang nona kerana warna agak lembut, dan banyak pilihan warnanya.



   Ini crochet bunganya sahaja, menggunakan 6 kuntum bunga crochet untuk satu kotak tisu.



      Ini pula bunga crochet yang dikait dengan warna hijau, kelihatan seperti daunnya.





     Ini pula cover kotak tisu yang sudah jadi, ditengah-tengah kelopak bunganya dijahit manik besar sebagai tompok bunganya.



Dilihat dari pandangan atas.



Ini pula dilihat dari pandangan sisinya.



No comments:

Post a Comment