Tuesday 26 June 2018

Buku Sulaman Reben


         Assalamualaikum...

     Selamat malam... semoga teman2 semua sihat-sihat sahaja di ketika ini.

     Dah lama saya idamkan nak dapatkan buku sulaman reben by Suzana Mustafa ni. Sebenarnya sebelum saya mengait, dulu saya pernah mencuba juga membuat sulaman reben ni, tapi rupa-rupanya memang susah membuatnya, perlu penuh kesabaran, ketelitian serta penuh ketekunan yang tinggi. Barulah hasilnya pun cantik. Tapi hanya seketika sahaja minat tu datang. 




      Tapi bila ternampak je buku ni, minat tu datang kembali. Kebetulan pakcik yg jual buku ni pula bagi harga murah dari harga asalnya, apalagi teruslah saya ambil buku ni...
 



      Tengok tu macam2 patern bunga ros beserta step step serta teknik menyulam diajar dengan detail. Memang mudah sangat kita nak pelajari.


    
Dengan sulaman reben ni macam2 benda kita boleh buat seperti bantal kusyen, pouch bag, hiasan dinding, alas meja dan bermacam-macam lagi.


2 comments:

  1. Replies
    1. Nak kata rajin tu tak juga Shahida, tapi minat. Tengok benda yg cantik mesti nak cuba buat.

      Delete