Sunday 30 September 2018

Crochet Cushion Cover Pink Colour


    Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
Semoga semuanya sihat selalu.

    Dah siap lagi satu cushion cover, kali ini warna pink pula. Bagi mereka yang tidak menyukai bunga crochet yang timbul, boleh cuba patern begini.


    Patern begini juga boleh dibuat untuk alas meja atau hamparan diatas katil atau kerusi  kerana bunganya tidak timbul.


     Selepas siap begini barulah dicantumkan. Saya hanya jahit menggunakan jarum supaya kelihatan kemas.


     Saya gabungkan menggunakan warna pink purple utk tampok bunganya, warna pink, warna hijau serta warna putih.


     Inilah rupanya sarung bantal kusyen yang dah siap. Saiznya 18x18 in, standart saiz bantal kusyen yang dijual di shoping2 complex.



Friday 28 September 2018

Crochet Cushion Cover lagi


        Assalamualaikum...

   Selamat petang...

    Kali ni bermula lagi projek mengait sarung bantal kusyen. Tapi kali ini warna merah menjadi pilihan my customer. Jom lihat...



    Bunga crochet rose. Mula2 kenalah kait kuntuman bunganya dulu. Kemudian barulah dicantumkan.


     Maka hasilnya jadi begini. Kali ini saya gunakan 3 warna sahaja iaitu merah, sedikit hijau serta warna dasarnya brown muda.

     Ini baru bahagian hadapannya dahulu, bahagian belakangnya akan menyusul nanti.


Tuesday 18 September 2018

Koleksi Benang Crochetku


         Assalamualaikum...

     Selamat pagi... semoga sihat2 semuanya. Dah beberapa hari ni enternet bermasalah, susahnya nak online. Tapi alhamdulillah... sekarang dah ok, barulah boleh update my blog yg satu ni.

     Baru je topup benang kait tak banyak pun, sikit je. Saya lebih suka guna benang biasa benang nona, memandangkan benang nona sekarang dah keluar satu colour bermacam2 tone warna dan benang ni mudah didapati dimana-mana. Jika kita buat projek mengait yg menggunakan benang yg banyak, taklah terbengkalai  sbb senang nak dapatkan stok benang.


    Dah ada benang, kenalah cari tempatnya pulak, jadi saya  gunakan rak yg kecil ni, buat letak benang2 saya.




    Inilah koleksi benang2 saya, insyaallah kalau ada rezeki boleh tambah stok benang lagi. Mudah2an projek mengait akan berjalan dengan lebih lancar lagi.


Saturday 8 September 2018

Jalan-jalan cari benang


      Assalamualaikum...

    Selamat malam semua... Di malam minggu ni mungkin ada yg sedang bersantai2 bersama keluarga atau sahabat. Alhamdulillah... hari ini ditempat saya mengundi, jadi hari ni dikawasan saya tinggal agak sibuk sedikit kerana masing2 keluar membuang undi.

    Malam ni, saya juga sempat keluar jalan2 dikawasan tempat tinggal saya. Saja ja jalan2 ke car boath, kerana disana ada yang jualan benang2 serta hasil kait. Jadi saya ambil kesempatan ke gerai berkenaan.



    Lihat tu... macam2 benang ada dijual disini, ada benang local dan ada benang dari luar. Sapa yg nak tambah koleksi benang boleh berkunjung ke sini.



Selain itu ada juga dijual hasil2 kaitan beliau seperti beg, sarung botol air dan lain2.



     Selain itu ada juga topi, baby booties keichen yg bermacam2 rupa dan bentuk.



Macam2 topi da kopiah ada dijual disini.


     Sebelum balik sempat dulu bergambar dengan tuan punya kedai Yani Zaini. Kali ni tak banyak beli benang sbb benang yang berkenan dihati tak ada. Next time pulak kita terjah.


Tuesday 4 September 2018

Koleksi crochet bantal kusyen


    Assalamualaikum...

      Salam dihari Rabu yang indah, selamat petang semuanya. Semoga sihat2 semuanya teman2 di hari ini.

      Kali ini saya entrikan mengenai koleksi sarung bantal kusyen yang saya pernah hasilkan. Ini hanya sebahagian sahaja. Ada juga sarung bantal kusyen yg ditempah, tapi dah sampai ke tangan tuannya.










   Semoga dapat dijadikan idea atau contoh kepada peminat2 crochet.


Saturday 1 September 2018

Crochet Alas Belakang Kerusi


      Assalamualaikum...

    Selamat petang, moga semua teman-teman blogger serta pengunjung Diela's Crochet sihat sejahtera hendaknya. 

    Bermula lagi mengcrochet. Masih lagi menggunakan bunga camelia. 



     Mula-mula siapkan dulu kuntuman bunga crochet sebanyak mungkin. Kemudian barulah mengait bahagian tengahnya (warna putih), kemudian barulah mencantum kuntuman bunga2 crochet. Dah siap jadilah seperti di bawah.


    Ini sebenarnya customer saya minta dibuatkan alas chairback utk sofa. Sebab tu kecil je kejadiannya.


    Alas chairback ni gabunga warna  merah purple, pink, hijau, putih serta warna merah.