Sunday 30 September 2018

Crochet Cushion Cover Pink Colour


    Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
Semoga semuanya sihat selalu.

    Dah siap lagi satu cushion cover, kali ini warna pink pula. Bagi mereka yang tidak menyukai bunga crochet yang timbul, boleh cuba patern begini.


    Patern begini juga boleh dibuat untuk alas meja atau hamparan diatas katil atau kerusi  kerana bunganya tidak timbul.


     Selepas siap begini barulah dicantumkan. Saya hanya jahit menggunakan jarum supaya kelihatan kemas.


     Saya gabungkan menggunakan warna pink purple utk tampok bunganya, warna pink, warna hijau serta warna putih.


     Inilah rupanya sarung bantal kusyen yang dah siap. Saiznya 18x18 in, standart saiz bantal kusyen yang dijual di shoping2 complex.



No comments:

Post a Comment