Thursday 5 March 2020

Pelbagai Booth dari Crafter-crafter Handmade Market ( Part 6)


Assalamualaikum...

Selamat malam semua...

Dihari jualan di handmade market Tunku Azizah, ramai dikalangan crafter mempamerkan produk masing-masing. Sebanyak 200 booth dibuka untuk jualan pada kali ini.

Hanya sebahagian sahaja yang sempat saya snap photonya.



Barang-barang dari booth ini didatangkan dari sarawak.





Kaktus pun ada... ini yang paling saya suka.





Ini pula gubahan bunga dari sabun.









Ini pula gubahan bunga.



Ini pula seni decoupage. Cantiknya, berkenan saya tengok.


 Sulaman reben tak kurang juga cantiknya.






Juga bunga dari sabun.




Cantiknya hasil crochet dari seorang teman saya.


Tuesday 3 March 2020

Hari ke 4 Handmade Market ( Part 5)


Assalamualaikum...

Bersua lagi kita. Cerita mengenai hari last handmade market. 




Bila dah dihari keempat baru lah dapat menyusun barang niaga dengan teratur dan kemas.


Sebahagian daripada booth-booth peniaga crafter dari pelbagai kategori.


Akhirnya dapat juga beli kaktus yang digemari dari seorang crafter, Fatin namanya.



Bergambar kenangan bersama kawan-kawan sebelum berkemas utk pulang.

Satu pengalaman yang sangat bernialai buat saya. Semoga dapat menyertai lagi di handmade market yang akan datang.


Monday 2 March 2020

Hari Ke 3 Handmade Market ( Part 4 )


Assalamualaikum...

Selamat Pagi semua...

Bersua lagi di entri kali ini, belum habis lagi cerita mengenai handmade market.



Booth saya dihari ke 3, susunannya berubah2 mengikut keadaan dan mood di hari itu.


Bersama booth jiran sebelah, kemahirannnya membuat keychain dan patung-patung serta kopiah kait. Walaupun kami masih lagi dalam kategori crochet, yaitu minat yang sama tapi kemahirannya lain-lain.

Simpan kenangan disini bersama teman-teman sehobi.








Comelnya si kecil ni... Jadi model sekejap. Dapat je klip rambut crochet terus dipakainya.

Bestnya join hanmade market, dapat berkenalan dgn ramai kawan dari dalam serta luar Selangor bahkan juga dari Sarawak. Juga dapat bertukar pendapat, fikiran serta idea dgn kawan-kawan.



Sunday 1 March 2020

Hari Ke 2 Handmade Market ( Part 3 )


Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua... moga sihat dan ceria selalu.

Handmade market kali ni memang meriah. Asa juga lawatan daripada puspanita, tentera, juga dari kanak2 sekolah.



Kenangan bersama crafter dari bermacam kategori.



Booth saya di hari ke 2.

Tak disangka-sangka terjumpa pula anak member.


Tak lupa pula bergambar kenangan bersama Madam Fully Chye, pengerusi PSJKM. Orangnya memang peramah.


Ini pula  crafter didatangkan dari Sungai Petani, Kedah.


Hari Pertama Handmade Market (Part 2)


Assalamualaikum... selamat malam semua.

Hari pertama merupakan hari sambutan kedatangan Permaisuri Tunku Azizah datang membuat perasmian di Handmade Market Tunku Azizah. Bersyukur sangat kerana dapat berpeluang bersalaman dengan beliau.

Selepas selesai membuat perasmian, beliau turun melawat booth-booth para crafter. Hanya sebahagian sahaja booth yg sempat dilawati disebabkan kesuntukan masa.



Ini bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.



Masing-masing tengah menunggu kehadiran Permaisuri Tunku Azizah.




Sehabis perasmian Tunku Azizah melawat booth para crafter.



Inilah booth saya di hari pertama.





Ini pula booth kawan sehobi juga crochet. Memang meriah dengan bunga2 kaitnya.





Ini pula bunga sabun, dibuat dan digubah sedemikian rupa... cantik sangat.




Ini pula booth crafter sulaman reben Ati Yahaya. Memang cantik hasil kerjatangannya.