Tuesday 9 December 2014

Alas Meja Kecil - Crochet Bunga Ros


     Assalamualaikum wrh....wbr....

    Salam bahagia teman-teman blogger peminat crochet semua, semoga anda berbahagia selalu di ketika ini. Kali saya entrikan mengenai alas meja kecil yang sudah siap saya kaitkan. 


    Daripada kuntuman crochet bunga ros,dikait 
sebanyak 12 kuntum, bahagian tengahnya dikait secara berasingan. Kemudian dicantum dijadikan seperti dibawah ini.





Untuk memudahkan anda mengait, inilaH gambarajah crochet untuk bahagian tepinya.


     Crochet alas meja tersebut dihasilkan dengan menggabungkan benang berwarna oren, hijau hitam dan oren terang. Sebenarnya bahagian tepinya seeloknya dikait dengan warna oren juga. Tapi oleh kerana benangnya tidak mencukupi, jadi saya kaitkan dengan benang yang berwarna oren terang.


Sunday 16 November 2014

Crochet Cover kotak Tisu Ros

            
             Assalamualaikum wrh... wbr....

     Salam bahagia di hujung minggu ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu. Kali ini saya entrikan mengenai crochet bekas kotak tisu ros pula.


              Kali ini menggunakan gabungan 3 warna 
       sahaja iaitu merah, putih dan 
              sedikit  warna hijau.


   Ini pula dilihat dari sudut 
   atasnya.



 Dilihat dari bahagian hadapannya. 


Saturday 8 November 2014

Crochet Bunga Ros lagi


      Assalamualaikum wrh.... wbr....

    Salam bahagia teman-teman blogger semua bertemu lagi di entri kali ini. Kali ini saya entrikan mengenai crochet bunga yang berwarna merah pula.



      Saya kaitkan enam kuntum bunga 
berwarna merah sebenarnya nak buat 
bekas kotak tisu.


Beginilah rupanya kuntuman bunga ros 
crochet dilihat dari dekat.



               Ini pula rupanya bunga crochet ros  apabila ditambah dengan benang yang berwarna
putih. Nampak lebih menyerlah warnanya.

     Nantikan seterusnya hasil crochet saya nanti,bekas kotak tisu ros. 


Sunday 26 October 2014

Cara Mengait Bunga Ros


     Assalamualaikum wrh... wbr....

         Mood mengait datang lagi.... kali ini saya entrikan mengenai cara mengait bunga ros seperti di bawah ini. Daripada kuntuman bunga ros tersebut kita boleh kaitkan ia menjadi berbentuk bulat atau berbentuk empat persegi. Daripada bentuk tersebut kita boleh cantumkan untuk dijadikan pelbagai benda seperti alas meja, cover kotak tisu, bantal kusyen, beg dan pelbagai benda lagi mengikut kreativiti masing-masing.



Saya gabungkan menggunakan 3 warna 
iaitu warna oren, hijau dan hitam.



 Untuk kemudahan anda, 
pusingan pertama buat enam taliair. 
Pusingan ke dua 16 dan pusingan ke tiga 8. Kemudian barulah dikait seperti di bawah ini.


Pusingan ke empat



Pusingan ke lima


Pusingan ke enam


pusingan ke tujuh


pusingan ke lapan



pusingan ke sembilan.


Di bawah ini gambarajah cara mengait 
bunga ros untuk kemudahan peminat-peminat krusye.



Saturday 18 October 2014

Menjahit Sarung Kusyen

       
        Assalamualaikum wrh... wbr....

      Salam bahagia semua teman-teman yang sudi menjengah blog ini, semoga berbahagia selalu hendaknya. Kali ini kita tinggalkan dulu mengenai krosye ni, projek crochet sebelum ni pun masih lagi terbengkalai kerana mood mengaitnya masih belum menjelma. Jadi sekarang datang pula projek baru iaitu menjahit sarung kusyen pula. Memandangkan sarung kesyen yang sedia ada dah pun agak lusuh, warnanya pun dah sedikit pudar, jadi terasa pula nak menggantikan sarung kusyen yang baru.


 Inilah sarung kusyen yang dah dijahit. 
Ini baru sebahagian sahaja. Sebahagian 
lagi masih belum dijahit.


Inilah sarung kusyen yang asal. Kainnya 
agak berbulu dan agak panas sedikit.


Kusyen yang asal. 


      Ini baru sebahagian sahaja yang baru siap. Nanti kalau semuanya dah ditukar, barulah nampak ceria sedikit. Walau apa pun kita tunggulah ye..... seterusnya.


Tuesday 23 September 2014

Crochet Doily


        Assalamualaikum wrh.... wbr.....

         Bertemu kembali teman-teman blogger peminat crochet semua, semoga anda ceria-ceria selalu hendaknya. Dah lama saya tidak mengupdate mengenai crochet ni, bukan apa penyakit m menjelma lagi. Kalau mengait ni pun ikut mood juga. Kalau mood baik cepatlah siap sesuatu projek tu. Tapi kalau tak ada mood, nak tengok jarum dengan benang pun malas. 

        Tapi saya baru sahaja menyiapkan doily menggunakan benang bulu kambing. Lihatlah hasilnya....



          Masih  lagi menggunakan motif bunga seperti sebelum ini. Gabungan warna pink pada bunganya, kelihatan warna hijau pada daunnya dan warna meroon pada dasarnya.
 



            Crochet doily ini menggunakan lebih kurang 2 buku benang meroon, 2 buku benang  pink dan sedikit benang yang berwarna hijau.


Sunday 6 July 2014

Crochet Tutup Televisyen


      Assalamualaikum wrh..... wbr....

      Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman blogger semua berbahagia selalu hendaknya di ketika ini. Dah lama tak mengait, disebabkan mood mengait tengah menurun sekarang. Kalau dah lama-lama tak mengait, terasa rindulah pula nak mengait lagi. Projek yang lepas pun masih lagi terbengkalai. 


           Ini sebenarnya nak buat alas tutup televisyen. Tapi masih belum menjadi lagi.



Masih lagi menggunakan motif bunga daizy. Tetapi menggunakan gabungan warna biru muda, biru tua, hijau, putih dan sedikit warna kuning untuk tampuk bunganya.


   Alas tutup tv ini sebenarnya berbentuk 
tiga persegi. Perlu dikait lagi mengikut saiz besarnya ukuran tv tersebut. Apa-apa pun tunggulah bagaimana rupanya apabila siap nanti.


Thursday 8 May 2014

Doily Sulaman Benang


        Assalamualaikum wrh.... wbr.....

      Salam bahagia semua, semoga sihat hendaknya. Dah lama tak mengait, bukan apa penyakit malas datang melanda. Tapi tangan ni gatal sangat nak buat sesuatu. Oleh kerana, kain masih ada maka saya cuba buatkan doily 
saiz yang kecil , berbentuk empat persegi. Daripada kosong saya cuba sulamkan dengan benang yang berwarna. Bentuk bunganya seperti bunga daisy.







        Tapi masih banyak kekurangan, jahitannya juga tidaklah begitu kemas sangat. Jahitan bunganya pun tidak sama, ada yang kecil dan ada yang besar. Maklumlah main jahit aja.



Friday 14 March 2014

Crochet Alas Meja


       Assalamualaikum wrh wbr.....

        Kali ini saya entrikan mengenai hasil crochet saya iaitu crochet alas meja lagi. Crochet alas meja ini, saya masih lagi menggabungkan antara warna kuning, purple, hijau dan putih.






        Crochet ini sesuai juga dijadikan 
penutup peti ais ataupun alas televisyen.


Thursday 20 February 2014

Crochet Cover Kotak Tisu lagi


        Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia semua teman-teman. Kali ini saya entrikan mengenai cover kotak tisu lagi. Sebenarnya sarung kotak tisu ini dah lama saya siapkan, tapi terlupa nak entrikan lah pulak. Apa-apa pun nilah hasilnya....






          Sarung kotak tisu kali ini hasil gabungan warna antara kuning, biru, hijau dan putih. Cuma bentuk daunnya (hijaunya) yang sedikit berlainan dari sebelum ini.


Thursday 6 February 2014

Crochet Violet Flower


         Assalamualaikum wrh wbr.....

      Kali ini saya entrikan pokok bunga violet yang saya hasilkan berwarna purple.


                             gambar dari google





            Warna bunganya purple serta ditengahnya kuning. Warna daunnya pula saya gabungkan anta warna hijau tua dan hijau muda. Manakala bekas bunganaya saya kaitkan menggunakan benang berwarna coklat.


Wednesday 15 January 2014

Crochet Alas Meja


        Assalamualaikum wrh wbr....

     Dah lama juga saya tak mengupdate blog ini. Kali ini saya postkan hasil kerastangan saya mengenai crochet alas meja. Entah lah ini projek kali yang keberapa saya dah pun tak ingat. Apa-apa pun lihatlah dulu....







         Crochet alas meja ini mengambil masa yang agak  lama juga untuk disiapkan. Saya masih lagi menggunakan motif bunga camelia untuk alas meja ini. Seperti biasa lah mengait jarum satu ni mesti lah punyai kesabaran serta kerajinan. Tapi bila dah siap barulah kita akan dapat lihat hasilnya.