Sunday 3 April 2022

Crochet TBC Bunga Ros

Assalamualaikum...

Selamat Petang dan salam 1 Ramadhan kepada semua umat Islam. Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna buat kita semua.

Lama tak update blog Diela's Crochet ni. Sebuk dengan kegiatan lain. Baru sekarang cuba mengait lagi.

Cuba mengait TBC pattern macam ni pula, mengunakan basket weave stitch. Bahagian atasnya dihiasi dengan bunga ros serta daunnya.



Contoh TBC yang belum dihias.






Sebenarnya bahagian atasnya kita boleh hiaskan denga pelbagai pattern bunga mengikut kretiviti masing-masing.