Sunday 26 April 2020

Ruangan Mengait dan Menjahit


Assalamualaikum...

Selamat malam semua...

Hari ni terasa rajin sikit, jadi kemas2 lah peralatan mengait dan menjahit. Ruangannya pun kecil je... tak banyak sangat barang2nya. Benang kait pun dah hampir habis.


Inilah peralatan mengait dan menjahit saya. Tempatnya pun kecil je.





Sebahagian dari hasil2 kait saya.


Thursday 23 April 2020

Crochet Bunga Daisy


Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua sahabat...

Hari ini merupakan hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa, kak Diela ucapkan selamat menjalankan ibadah dibulan Ramadhan dan saya juga doakan semoga kita semua dalam bimbingan Allah agar mampu melakukan kebaikan serta ketaatan kepada Allah swt.

Kali ni nak update tentang crochet bunga daisy yang baru saja saya siapkan. Sekarang ni kan masa banyak terluang dirumah bersama keluarga, apa kata kita buatkan benda yang berfaedah utk mengisi masa kosong kita.


Ini crochet bunga daisy menggunakan benang berwarna putih dan kuning. Tompok bunga ditengahnya menggunakan benang berwarna orange.



Belum ada daunnya lagi. Nanti kalau dah ada pasunya kita gubah supaya kelihatan cantik.
Buat sementara guna je botol recycle.



Sebenarnya bunga daisy ni ada bermacam2 warna. Nanti saya akan cuba kaitkan warna yang lain pula.


Thursday 9 April 2020

Alas Meja Sulaman Benang


Assalamualaikum...

Selamat petang semua...

Update lagi, kali ini mengenai sulaman benang pula. Sebenarnya saya dah lama siapkan alas meja comel ni. Kemudian hilang dalam simpanan. Bila di bongkar laci kembali tiba2 bertemu kembali.


Saya gabungkan bunga crochet dengan sulaman benang serta manik. Barulah nampak menyerlah sikit.





Monday 6 April 2020

Crochet Bunga Matahari


Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua teman2, moga ceria selalu.

Bersua lagi kita di entri kali ini, saya baru saja menyiapkan projek dimusim lockdown covid 19 ini, mengait bunga matahari. Kebetulan masih ada lagi stok benang yg dulu saya beli. Dah lama saya simpan. Untung juga, untuk mengisi masa terluang ini dapat juga saya mengait.

Tak nak cerita banyak2, jom tengok.



Bunga dan daunnya saja.


Inilah rupanya bunga matahari yang dah siap digubah. Hanya sempat buat  empat kuntum sahaja sbb kehabisan benangnya.


Nanti cuba buat bunga yg lain pula.


Saturday 4 April 2020

Kenangan Terindah (Part 7 )


Assalamualaikum...

Selamat malam semua sahabat, moga ceria dan bahagia selalu hendaknya.

Entri kali ini saya nak share sikit kenangan yg paling teridah diketika perasmian handmade market Tunku Azizah tempohari. 

Jadi saya simpankan photo2nya disini supaya tidak kehilangan.






Para crafter semua berbaris menunggu ketibaan Tunku Azizah. Kenangan paling indah dapat bersalaman dengan tunku.






Tunku Azizah berkesempatan melawat sebahagian booth kraftangan.