Tuesday 24 October 2017

Crochet Alas Meja lagi


         Assalamualaikum...

   Bertemu lagi di entri kali ini, semoga anda semua sihat2 sejahtera bersama insan yg tersayang.

   Kali ini saya entrikan mengenai crochet alas meja yang ditempah oleh seorang customer. Rasanya sebelum ni anda pun pernah lihat alas meja ini.


    Kali ini, alas meja berwarna pink colour. Ini pilihan warna dari customer. Katanya tak mahu warna dasarnya putih kerana dikhuatiri cepat kotor, jadi saya gunakan benang warna pink digabung pula dengan colour merah keunguan.


     Di  tengah kelopak bunganya saya letak manik supaya kelihatan nampak tompok bunganya.


     Ini close up gambar kuntuman bunga crochet dari dekat. Jika anda ingin membuat tempahan boleh whatsup saya, gabungan warna boleh dipilih mengikut pilihan anda sendiri.


Friday 20 October 2017

Crochet bunga matahari


       Assalamualaikum... 

     Kali ini saya entrikan mengenai crochet bunga matahari pula, sebenarnya crochet ini untuk dijadikan cushion cover. Ini bahagian hadapannya dulu. Nanti saya akan siapkan bahagian belakangnya pula.


     Kali ini saya gabungkan benang berwarna kuning, hijau, putih serta hitam.


    Bila sudah siap cushion cover nanti saya akan tunjukkan kembali.


Saturday 14 October 2017

Santai mengait bersama rakan-rakan sehobi.


             Assalamualaikum... selamat malam semua, semoga teman-teman semua sihat2 sahaja hendaknya.

    Hari ni saya rasa happy sangat kerana dapat bersantai2 mengait bersama otai2 serta teman2 yang sehobi dengan saya. Ternyata hobi mengait serta knitting ini masih mempunyai ramai peminat.





     Tak rugi join program seperti ini, selain dapat mengeratkan silaturrahim, Dapat juga bertukar2 fikiran serta idea-idea tentang seni krochet dan knitting.


            Firstime belajar knitting, bermula dari zero, alhamdulillah dapat juga kaut ilmunya dari otai knitting Kak Halida.


          Tak bawa benang dan senjatanya, boleh beli dari pembekal benang Vivian. Macam2 jenis benang ada dijual. Berbinau juga mata ni bila tengok benang2 tu semua.


      Masing-masing khusyuk mengait tak pandang kiri kanan dah.


          Masing-masing sedang mendengar taklimat dari salah sorang wakil Team Selangor.




              Sibuk mengait kopiah... akhirnya selesai jugak siapkan sehelai kopiah.


     Alhamdulillah... rezeki, dapat saguhati dari pihak penganjur. Terima kasih Crochet Knit Team sudi anjurkan program seperti ini. Semoga ilmu yg diberi akan bermanfaat buat kami yang hadir.


Wednesday 11 October 2017

Crochet untuk cover kusyen


          Assalamualaikum...

     Selamat petang teman-teman semua, semoga anda semua sihat2 sahaja hari ini.

     Kali ini saya sharekan mengenai crochet untuk cover kusyen lagi, tetapi bunga yang berlainan pula. Mungkin ada diantara anda yang ingin menjadikan contoh atau idea untuk mengait.


      Warnanya kali ini saya gabungkan warna  merah, pink, hijau serta putih. Hanya bahagian depannya dahulu. Nanti disambung mengait bahagian belakangnya pula.


       Insyaallah... nanti jika sudah menjadi sebiji bantal kusyen yg lengkap saya akan update kan kembali.