Saturday 14 October 2017

Santai mengait bersama rakan-rakan sehobi.


             Assalamualaikum... selamat malam semua, semoga teman-teman semua sihat2 sahaja hendaknya.

    Hari ni saya rasa happy sangat kerana dapat bersantai2 mengait bersama otai2 serta teman2 yang sehobi dengan saya. Ternyata hobi mengait serta knitting ini masih mempunyai ramai peminat.





     Tak rugi join program seperti ini, selain dapat mengeratkan silaturrahim, Dapat juga bertukar2 fikiran serta idea-idea tentang seni krochet dan knitting.


            Firstime belajar knitting, bermula dari zero, alhamdulillah dapat juga kaut ilmunya dari otai knitting Kak Halida.


          Tak bawa benang dan senjatanya, boleh beli dari pembekal benang Vivian. Macam2 jenis benang ada dijual. Berbinau juga mata ni bila tengok benang2 tu semua.


      Masing-masing khusyuk mengait tak pandang kiri kanan dah.


          Masing-masing sedang mendengar taklimat dari salah sorang wakil Team Selangor.




              Sibuk mengait kopiah... akhirnya selesai jugak siapkan sehelai kopiah.


     Alhamdulillah... rezeki, dapat saguhati dari pihak penganjur. Terima kasih Crochet Knit Team sudi anjurkan program seperti ini. Semoga ilmu yg diberi akan bermanfaat buat kami yang hadir.


No comments:

Post a Comment