Saturday 28 December 2019

Menghadiri Program Anjuran Sewing World di One City, USJ.


Assalamualaikum...

Hari ni saya rasa sangat beruntung kerana dapat menghadirkan diri dalam satu program yang dianjurkan oleh Sewing World. Program ni memang sangat penting bagi mereka2 yang berjinak2 ingin menjadi seorang bissnesman atau bisnesswomen yang berjaya di masa akan datang.

Saya merupakan salah seorang dari pelajar Epal (jahitan kreatif). Sebenarnya seni jahitan ini bukanlah tertumpu kepada jahitan baju sahaja, tetapi merangkumi semua aspek jahitan seperti:

1. Needle work
2. Smocking
3. Quilting
4. Sewing bag
5. Embroidery handling
6. Design degitisation
7. Product sales and marketing

Ternyata jahitan creative memang begitu luas.



Beruntung sangat dapat sedut pelbagai ilmu dari kakitangan Sewing World dan juga wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia mengenai bagaimana cara nak memohon Sijil Kemahiran Melaysia.


Kebetulan pula hari ni, teman sehobi buka booth jualan pula. 



Inilah hasil produk crochet yang beliau hasilkan. Cantik... kan. Memang kreatif.

Nanti saya juga akan menyertai jualan Handmade Market Tuanku Azizah selama 4 hari bermula pada 28hb Februari-2 hb March 2020.


No comments:

Post a Comment