Tuesday 23 August 2016

Cara Mengait Triple Crochet


             Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam bahagia teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya. Kali ini saya entrikan mengenai mengenai cara mengait triple crochet pula.

1. Buat chain mengikut seberapa yang anda
   perlukan pada projek anda, kemudian tambah
   sebanyak 4 mata untuk membuat triple 
   crochet. Cangkukkan benang dan lilit
   sebanyak 2 kali sebelum memasukkan jarum 
   tersebut kedalam lubang mata sticth yang  
   ke 5. Seterusnya cangkukkan benang daripada
   belakang dan tarik keluar kehadapan seperti
   di dalam pada anak panah. 

 2. Selepas menarik benang keluar dari
    belakang ke hadapan, samakan  ketinggian
    semua kedudukan seperti di bawah, kita
    akan dapati terdapat 4 batang yang akan
    terhasil daripada langkah seperti di dalam
    gambar di bawah.

 3. Langkah seterusnya, cangkukkan benang 
    dan bawa masuk benang tersebut ke dalam 2
    batang mengikut  arah anak panah seperti
    dalam gambar dibawah. 

4. Setelah ada 2 batang  seperti di atas, cangkukkan benang lagi dan tarik benang keluar mengikut arah anak panah seperti gambar di bawah.



5. Teruskan mengait seperti langkah 1 hingga 4
   sehingga selesai satu baris mengikut 
   panjang chain yang  telah anda buat semasa
   kangkah 1. 


6. Untuk mengait ke barisan baru, buat chain sebanyak 4 dan teruskan langkah 1 hingga 5.
 
 7. Kait 4 mata akan terhasil seperti di bawah
    ini.




8. Apabila anda habis mengait triple crochet pada baris pertama, maka untuk baris seterusnya anda terus mengulangi mengait pada baris yang baru. Kaedahnya sama seperti juga anda mengait pada step pertama hingga ke4.


Begitulah serba sedikit mengenai cara mengait triple crochet.


No comments:

Post a Comment