Saturday 22 July 2017

Crochet Alas Meja Purple


      Assalamualaikum... salam hari Sabtu yang berbahagia ini, semoga teman-teman sihat hendaknya. Kali ini saya nak share pula mengenai crochet yang dah lama terbengkalai. Baru sekarang dapat disiapkan kembali. Bukan apa sibuk siapkan tempahan kepunyaan customer dulu. Jom nengok hasilnya...


     Sebenarnya saya buatkan alas meja ni tak ada pun diagram, cuma lihat contoh yg dah siap dan main agak0agak saja. Alhamdulillah menjadi juga akhirnya.


       Hanya lima kuntum bunga sahaja di tengahnya yang timbul. Alas meja ni taklah begitu besar, cukup untuk meja kopi je...


     Saya gabungkan menggunakan warna benang purple, sedikit warna hijau, serta warna putih.
      Jika ada yang berminat bolehlah buat tempahan mengikut warna pilihan yang disukai anda.


No comments:

Post a Comment