Salam bahagia teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya. Kali ini saya entrikan mengenai mengenai cara mengait triple crochet pula.
1. Buat chain mengikut seberapa yang anda perlukan pada projek anda, kemudian tambah sebanyak 4 mata untuk membuat triple crochet. Cangkukkan benang dan lilit sebanyak 2 kali sebelum memasukkan jarum tersebut kedalam lubang mata sticth yang ke 5. Seterusnya cangkukkan benang daripada belakang dan tarik keluar kehadapan seperti di dalam pada anak panah.
2. Selepas menarik benang keluar dari belakang ke hadapan, samakan ketinggian semua kedudukan seperti di bawah, kita akan dapati terdapat 4 batang yang akan terhasil daripada langkah seperti di dalam gambar di bawah.
3. Langkah seterusnya, cangkukkan benang dan bawa masuk benang tersebut ke dalam 2 batang mengikut arah anak panah seperti dalam gambar dibawah.
4. Setelah ada 2 batang seperti di atas, cangkukkan benang lagi dan tarik benang keluar mengikut arah anak panah seperti gambar di bawah.
5. Teruskan mengait seperti langkah 1 hingga 4 sehingga selesai satu baris mengikut panjang chain yang telah anda buat semasa kangkah 1.
6. Untuk mengait ke barisan baru, buat chain sebanyak 4 dan teruskan langkah 1 hingga 5.
7. Kait 4 mata akan terhasil seperti di bawah ini.
8. Apabila anda habis mengait triple crochet pada baris pertama, maka untuk baris seterusnya anda terus mengulangi mengait pada baris yang baru. Kaedahnya sama seperti juga anda mengait pada step pertama hingga ke4.
Begitulah serba sedikit mengenai cara mengait triple crochet.
Salam sejahtera kepada teman-teman peminat krusye khususnya, kali ini saya ceritakan pula mengenai cara mengait single crochet (sc). Setelah kita pandai membuat taliair maka kita teruskan pula membuat single crochet. 1. Sebagai tapak asas kita kaitkan dulu taliair (chain) sebanyak 15 atau lebih.
2. Kemudian masukkan jarum ke dalam mata kedua pada taliair yang telah dibuat pada langkah yang pertama.
3. Seterusnya cangkukkan benang dari belakang danbawa benang tersebut ke hadapan.
4. Teruskan mengait single crochet hingga seterusnya hingga habis, anda akan lihat hasilnya seperti di bawah ini.
5. Seterusnya ia kan menjadi seperti di bawah ini.
Kepada teman-teman atau peminat-peminat seni crochet jarum satu yang ingin belajar mengait, ini adalah sedikit panduan bagi permulaan untuk mengait.
Bagi teman-teman yang ingin belajar mengait, pertamanya mestiah pandai mengait taliair. Taliair (chain) merupakan asas yang paling penting dalam seni mengait. Tali air selalunya digunakan daam bentuk sebaris atau dalam bentuk pusingan.
Ini adalah panduan untuk membuat taliair:
1. Buat simpulan slip dengan menggunakan jarum (hook) untuk mencangkuk benang tersebut dan tarik melalui benang itu.
2. Masukkan jarum ke dalam lubang benang yang telah anda hasilkan dari langkah 1 dan cangkuk benang dari belakang dan bawa ke hadapan mengikut anak panah seperti gambar di bawah.
3. Teruskan membuat chain seperti dalam gambar 1 dan 2.
4. Teruskan membuat chain mengikut bilangan atau saiz sesuatu projek.
Seterusnya barulah anda mula menait secara sebaris atau secara pusingan.