Thursday 30 January 2020

Crochet Bunga Lavender


Salam di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, semoga semua teman2 sihat serta sentiasa berada dalam rahmatnya.

Hari ni saya nak share pula mengenai crochet bunga lavender yang saya sempat siapkan.


Saya gunakan benang berwarna purple muda, insya allah nanti saya akan cuba buatkan lagi guna benang warna purple tua pula.



Okay tak crochet bunga lavender saya... Nanti akan saya letakkan kat dalam pasu.


Wednesday 29 January 2020

Crochet Brooch


Assalamualaikum...

Kali ini saya mengait untuk brooch pula. Biasa lah kalau brooch mesti berbentuk bunga-bunga.







Biasanya kalau crochet brooch cantiknya guna benang poly, tapi disebabkan masalah penglihatan saya yang kurang jelas, saya guna benang bulu kambing je. Tapi tetap juga okey.

Ini hanya sebahagian sahaja, nanti saya akan mengait bentuk bunga yg lain pula.


Monday 27 January 2020

Crochet coaster


Assalamualaikum...

Bersua lagi dikali ini, semoga teman2 semua sihat-sihat selalu.

Kali ini saya mengait coaster pula, atau lebih dikenali sebabagi alas cawan. Bukan sahaja ia boleh digunakan untuka alas cawan atau alas gelas, tetapi sesuai untuk alas pasu bunga yang kecil dan comel.



Crochet  alas coaster biasa.



Crochet coaster bunga tulip.


Sunday 26 January 2020

Crochet Doily


Assalamualaikum...

Cuti sempena hari raya China kali ini, kita tak ke mana2 pun. Berehat2 dirumah je bersama anak-anak. Sambil duduk saja-saja, saya siapkanlah projek mengait mini doily ni.




Untuk mengait doily ni saya gunakan benang berwarna kunimg muda.


Thursday 23 January 2020

Crochet Bakul Comel


Assalamualaikum...

Kali ni merajinkan diri membuat sesuatu projek utk handmade market hujung bulan depan.

Sebenarnya tak tahu nak mengait apa, cuma saya kait benda2 yang agak mudah sahaja. Kali ni saya kait bakul yang comel berbunga tulip.



Ni baru dua warna, kuning dan purple mix colour. Nanti akan ada dua warna lagi.

Bakul comel ni sesuai untuk meletak gula-gula atau benda2 lain yang kecil.


Sunday 19 January 2020

Cover Handphone


Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua, moga sihat selalu.

Kali ini saya nak share tentang cover handphone yg saya siapkan. Cover HP ni tak besar mana pun, kecil je dan tak mengambil masa yg terlalu lama untuk disiapkan.


Untuk bunganya serta daunnya saya guna benang mix colour. Dan seterusnya saya gunakan dua benang yg berwarna gray. 


Bila dikait guna 2 benang sekaligus barulah seimbang besarnya. Jika menggunakan satu benang je, tentu akan nampak lebih kecil.

Ni sebenarnya projek untuk jualan handmade market yang akan datang.


Sunday 12 January 2020

Jualan Handmade Market di hari kedua


Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua... semoga sihat2 selalu. Hari adalah hari yg kedua saya join handmade market. Syukur kerana diberi peluang utk menyertai handmade market ini, dapat pengalaman baru.



Dapat ramai kenalan. Sebelum ni hanya kenal kat sosial media je... bila join handmade market ni dapatlah berkenalan serta dapat bertukar2 pendapat dan idea sesama kawan2.





Booth teman sehobi juga menghasilkan produk mengait, Zalikha Lawrense.



Bersama otai sulaman reben Atie Yahya.



Ini pula booth Dayang.





Ini pula booth kawan sebelah. Cantik hasil kreativitinya.



Inilah booth saya.


Saturday 11 January 2020

Jualan Handmade Market Tunku Azizah


Assalamualaikum...

Hari ni saya mengadakan jualan handmade Market Tuanku Azizah di One City USJ.

Syukur sangat2 sbb dapat kenal dengan ramai kawan yang sehobi serta crafter2 lainnya. 



Bersama kawan sehobi yg juga meminati seni mengait Dayana namanya.


Juga bersama kawan yg sehobi, mengait juga, Zalikha Lawrence. Hasil2 kaitannya memang cantik.










Banyak lagi booth2 yang menarik. Jika kawan2 yg punyai masa dan kesempatan bolehlah datang ke Handmade Market Tunku Azizah di One City USJ. Jom support barangan handmade Malaysia.