Monday 9 March 2015

Crochet bunga lagi


      Assalamualaikum wrh.... wbr....

         Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya. Dah lama tak mengait, sekali-sekala tangan ni mesti nak mengait. Oleh kerana benang yang masih berbaki masih ada lagi, maka daripada duduk diam baiklah mengait. Kali ini saya mengait bunga. tapi tak tahu pula apakah nama bunganya, sekali tengok macam bunga teratai pun ada... so layanlah ya....




               Sebenarnya bunga crochet yang berwarna merah tu.... benangnya dah habis. Kat kedai yang saya selalu beli benang kait tu, stok benangnya dah habis, baru nak oder semula. Jadi saya kaitlah menggunakan benang yang berwarna kuning pula. Kemudian warna hijaunya pula habis, maka terbengkalailah projeknya.




              Jadi... layan jelah bunga crochetnya dulu. Nanti kalau dah ada benangnya, barulah disambung lagi projeknya. Projek crochet apa.... tunggu lah nanti.


1 comment:

  1. Hi sis cantiknya bunga boleh tak sy nak minta ajar cara-cara buat bunga ni..hantar kat email sy lydstar16@gmail.com tq

    ReplyDelete