Tuesday 7 May 2013

Crochet Alas Meja Bulat

                     
                Assalamualaikum wrh wbr....

         Dah lama juga saya tak entri tentang hasil kerja tangan saya. Saya ni sebenarnya memang suka mengait, tapi di sebabkan terlalu banyak sangat mengait, maka terasalah kebas kebas tangan. Itu lah sebabnya projek mengait alas meja terbengkalai. Mengait alas meja ni memang mengambil masa yang agak lama kerana alasnya terlalu besar serta kena teliti kalau tersalah kenalah buka balik. Di tambah pula dengan mood yang tak menentu. Terkadang rajin di sambung lagi... kalau penyakit malas melanda alamat terbengkalai lah projek mengait. Walau apa pun jua, lihat lah.....





         

                   Alas  meja ini saya gunakan benang berwarna hijau, dan ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Jenuh juga hendak menyiapkannya.

 

No comments:

Post a Comment