Tuesday, 27 December 2016
Crochet Kotak Tisu lagi
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi di entri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu di musim cuti sekolah ini. Kali ini saya entrikan mengenai crochet kotak tisu pink colour. Ini adalah permintaan dari seorang teman saya.
Crochet kotak tisu kali ini saya digabungkan antara 3 warna benang sahaja iaitu pink, putih serta sedikit benang berwarna hijau untuk daunnya.
Bunganya pula kelihatan seperti bunga daisy tapi agak besar sedikit.
Ini pandangan kotak tisu dari atasnya, kelihatan tiada tisu, hanya kotak yang kosong sahaja.
Ini pula dari pandangan sisinya. Jika ada yang berminat ingin menempah boleh whatsup kepada saya ya.... jumpa lagi di next entri.
Sunday, 18 December 2016
Crochet Alas Meja
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi di entri kali ini, semoga anda semua berbahagi selalu di samping orang yang tersayang.
Kali ini saya entrikan mengenai hasil crochet saya atas permintaan seorang customer. Hasil crochet kali ini merupakan alas meja berbentuk bujur berwarna pink dan putih. Untuk menyiapkan alas meja ini memerlukan masa yang agak lama juga memandangkan ianya bersaiz besar. Jom kita lihat hasilnya....
Ini crochet bunga dahlia berwarna pink dan sdikit warna hijau untuk daunnya.
Semoga customer saya berpuas hati dengan hasil crochet yang saya hasilkan ini.
jumpa lagi....
Monday, 5 December 2016
Crochet Alas Meja Pink Colour
Assalamualaikum wrh... wbr...
Dah lama juga saya tak mengupdate blog kesayangan ini. Kalau rumah tu bak kata dah naik bersawang dah.
Kali ini saya entrikan mengenai crochet alas meja pink colour,berbunga camelia. Ini adalah permintaan dari salah seorang customer. Jomlah lihat....
Alas meja ini saya gunakan gabungan antara warna pink, hijau dan putih.
Semoga customur saya ini akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya yang tidak seberapa ini.
Tuesday, 8 November 2016
Crochet Alas Meja lagi
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bertemu lagi dientri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.
Kali ini saya entrikan mengenai crochet alas meja gabungan warna benang purple, hijau dan putih. Crochet alas meja ini sesuai juga untuk teman-teman yang tidak menyukai bunga yang timbul. So, diatas alas meja ini sesuai juga diletakkan apa-apa benda sekalipun.
Crochet alas meja ini juga boleh dibuat bersesuaian dengan besar atau kecilnya saiz meja anda, juga mengikut warna kegemaran pilihan anda.
Sunday, 30 October 2016
Tempahan Dari Customer
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia semua, semoga teman-teman semua berbahagia selalu sempena cuti perayaan deepavali tahun ini.
Kali ini saya entrikan mengenai crochet lagi. Alhamdulillah saya sempat menyiapkan tempahan dari seorang customer dari Sungai Petani, walaupun mengambil masa yang agak lama juga untuk menyiapkan tempahan ini.
Kali ini pilihan warnanya merah, hitam dan putih. Tempahannya ialah dua biji sarung bantal kusyen, satu biji tissue box cover serta satu helai alas meja.
Semoga customer saya ini berpuas hari dengan hasil kertangan saya kali ini.
Thursday, 20 October 2016
Crochet Alas Meja
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bertemu lagi di kali ini. Kali ini saya baru sahaja menyiapkan mengait alas meja. Kali ini saya hanya menggabungkan tiga warna sahaja iaitu warna pink, putih dan hijau. Jom jamu mata dengan hasil crochet saya yang tidak seberapa ini...
Alas meja ini saya kaitkan 5 kuntum bunga crochet pink colour, sedikit warna hijau untuk daunnya dan dasarnya menggunakan warna putih.
Thursday, 13 October 2016
Crochet Kotak Tisu Ros Merah
Assalamualaikum ....
Salam bahagia di pagi Jumaat yag penuh barokah ini.... semoga teman semua berbahagia selalu.
Entri kali ini mengenai crochet kotak tisu ros merah. Masih lagi menggunakan patern yang sama seperti sebelum ini.
Kali ini menggunakan gabungan 4 warna iaitu merah, putih, hitam, serta hijau.
Sunday, 9 October 2016
Crochet Kotak Tisu lagi
Assalamualaikum...
Bersua lagi di entri kali ini... Masih lagi crochet kotak tisu. Kali ini saya kait menggunakan 2 helai benang sekali gus dengan menggunakan hook bersaiz 6.
Bunganya menggunakan warna oren serta kuning muda, sedikit warna hijau untuk daunnya. Dan dasarnya warna putih.
Bunganya juga kelihatan agak besar.
Tuesday, 20 September 2016
Crochet Cover Kotak Tisu Lagi
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua kembali dientri kali ini. Sebenarnya crochet cover kotak tisu ini dah lama saya siapkan, tapi baru sekarang saya entrikan kat Diela's Crochet ni.
Masih lagi menggunakan patern yang sama. Kali ini saya menggunakan benang berwarna kuning, kuning muda serta warna hijau.
Saturday, 3 September 2016
Crochet Sarung Bantal Kusyen Ros
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi di entri kali ini, kali ini saya cuba mengait sarung bantal kusyen ros merah pula. Menggunakan gabungan 4 warna iaitu merah, hijau, hitam dan putih. Jom kita tengok hasilnya...
Untuk sarung bantal kusyen memerlukan 9 kuntum bunga ros crochet.
Apabila dah siap kelopak bunganya dan sedikit warna hijau untuk kelihatan seperti daun, maka disambung pula mengait menggunakan benang berwarna putih.
Kemudian diikuti pula dengan benang yang berwarna hitamnya dan digabung pula dengan benang yang warna merah.
Maka jadilah hasilnya seperti gambar di atas. Ini baru bahagian hadapan. Dan bahagian belakangnya pula akan menyusul nanti.
Tuesday, 23 August 2016
Cara Mengait Triple Crochet
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya. Kali ini saya entrikan mengenai mengenai cara mengait triple crochet pula.
1. Buat chain mengikut seberapa yang anda
perlukan pada projek anda, kemudian tambah
sebanyak 4 mata untuk membuat triple
crochet. Cangkukkan benang dan lilit
sebanyak 2 kali sebelum memasukkan jarum
tersebut kedalam lubang mata sticth yang
ke 5. Seterusnya cangkukkan benang daripada
belakang dan tarik keluar kehadapan seperti
di dalam pada anak panah.
2. Selepas menarik benang keluar dari
belakang ke hadapan, samakan ketinggian
semua kedudukan seperti di bawah, kita
akan dapati terdapat 4 batang yang akan
terhasil daripada langkah seperti di dalam
gambar di bawah.
3. Langkah seterusnya, cangkukkan benang
dan bawa masuk benang tersebut ke dalam 2
batang mengikut arah anak panah seperti
dalam gambar dibawah.
4. Setelah ada 2 batang seperti di atas, cangkukkan benang lagi dan tarik benang keluar mengikut arah anak panah seperti gambar di bawah.
5. Teruskan mengait seperti langkah 1 hingga 4
sehingga selesai satu baris mengikut
panjang chain yang telah anda buat semasa
kangkah 1.
6. Untuk mengait ke barisan baru, buat chain sebanyak 4 dan teruskan langkah 1 hingga 5.
7. Kait 4 mata akan terhasil seperti di bawah
ini.
8. Apabila anda habis mengait triple crochet pada baris pertama, maka untuk baris seterusnya anda terus mengulangi mengait pada baris yang baru. Kaedahnya sama seperti juga anda mengait pada step pertama hingga ke4.
Begitulah serba sedikit mengenai cara mengait triple crochet.
Wednesday, 17 August 2016
Cara Mengait Double Crochet
Asslamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia semua... Sekarang saya entrikan mengenai cara mengait double crochet pula.
1. (a) Kait tali air sebagai permulaan
sebanyak mana yang anda perlukan.
2. (b) Kaitkan benang pada jarumseperti dalam
gambar b. (d) Masukkan jarum pada lubang
yang ketiga seperti dalam anak panah.
3. (e) Kaitkan jarum pada benang.
4. (f) Tarik benang keluar melalui (g) lubang
tersebut hingga keluar mengikut anak panah.
5. (h) Kait jarum pada benang. (i) Tarik
benang melalui dua lubang mengikut anak
panah.
6. (j) Lakukan langkah a hingga i mengikut
pola yang ditunjukkan tadi.
Itulah serba sedikit mengenai cara mengait double crochet. Semoga peminat-peminat crusye dapat memahaminya.
Sunday, 14 August 2016
Cara Mengait Single Crochet
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam sejahtera kepada teman-teman peminat krusye khususnya, kali ini saya ceritakan pula mengenai cara mengait single crochet (sc). Setelah kita pandai membuat taliair maka kita teruskan pula membuat single crochet.
1. Sebagai tapak asas kita kaitkan dulu
taliair (chain) sebanyak 15 atau lebih.
2. Kemudian masukkan jarum ke dalam mata kedua
pada taliair yang telah dibuat pada langkah
yang pertama.
3. Seterusnya cangkukkan benang dari belakang
dan bawa benang tersebut ke hadapan.
seterusnya hingga habis, anda akan lihat
hasilnya seperti di bawah ini.
ini.
Selamat mencuba belajar mengait.
Subscribe to:
Posts (Atom)