Tuesday, 27 November 2018

Pameran Handmade Bag


      Assalamualaikum...

 Selamat malam semua... moga sihat2 selalu.

Pameran 8509 HANDMADE BAG TERBANYAK DI MALAYSIA - MALAYSIA BOOK OF RECORDS!
Tinggal 5 hari sahaja lagi kawan…
Kalau terlepas peluang ni memang tak ada lagi yang kedua…
Pameran ini cuma sekali sahaja…

*8509 buah HANDMADE BAG
*Karya 896 crafter seluruh negara
*Pelbagai teknik jahitan
*Pelbagai jenis fabrik
*Pelbagai corak dan pattern

Sewing World Gallery Sky Park @ One City USJ
22 November – 2 Disember 2018
10:00 pagi – 7:00 petang





Memang cantik2 semuanya, bermacam saiz dan bentuknya. 





     Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang telah berkenan untuk mencemar duli melawat 200 orang usahawan HANDMADE MARKET di HANDMADE MARKET TERBESAR MALAYSIA. 


      Atas sokongan dan saranan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku juga, HANDMADE MARKET untuk edisi seterusnya akan berwajah baru.

Terima kasih di ucapkan atas sokongan yang diberikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku dan agenda MEMPERKASA WANITA ini akan di teruskan pada masa akan datang. Semoga saya berpeluang untuk menyertai di masa akan datang. 



No comments:

Post a Comment