Assalamualaikum wrh.... wbr.....
Bertemu kembali teman-teman blogger peminat crochet semua, semoga anda ceria-ceria selalu hendaknya. Dah lama saya tidak mengupdate mengenai crochet ni, bukan apa penyakit m menjelma lagi. Kalau mengait ni pun ikut mood juga. Kalau mood baik cepatlah siap sesuatu projek tu. Tapi kalau tak ada mood, nak tengok jarum dengan benang pun malas.
Tapi saya baru sahaja menyiapkan doily menggunakan benang bulu kambing. Lihatlah hasilnya....
Masih lagi menggunakan motif bunga seperti sebelum ini. Gabungan warna pink pada bunganya, kelihatan warna hijau pada daunnya dan warna meroon pada dasarnya.
Crochet doily ini menggunakan lebih kurang 2 buku benang meroon, 2 buku benang pink dan sedikit benang yang berwarna hijau.
No comments:
Post a Comment