Assalamualaikum...
Selamat petang pengunjung blog Diela's Crochet semua. Semoga anda semua berada dalam lindungan kesihatan yang baik serta kebahagiaan selalu.
Kali ini saya entrikan mengenai hasil crochet saya kali ini iaitu crochet cover tisu toilet. Jom tengok...
Cover tisu toilet yang saya hasilkan ini boleh digantung di luar atau di dalam toilet. Saya hasilkan tiga jenis warna yaitu purple, merah serta kuning. Setiap satunya boleh diisi 2 gulung tisu.
Ini disnap secara dekat bentuk bunganya. Bunganya menggunakan benang yang berwarna purple. Entah apa namanya bunga ini tapi kelopaknya berlapis-lapis.
Ini pula bunga crochet yg menggunakan benang yang berwarna kuning.
Dan yang akhir sekali bunganya menggunakan benang yang berwarna merah pula.
Untuk crochet cover tisu toilet ini boleh dibuat untuk satu, dua atau tiga gulung tisu
untuk satu gantungan.
Jika ada teman2 yang berkenan bolehlah hubungi saya.
No comments:
Post a Comment